4 Masalah Error 404 Pada Blogspot. Pernahkah anda klik pada satu-satu pautan dalam blog, tetiba apa yang dipaparkan ialah error 404? Bagaimana pula bila anda taip url sebegini - namablog.com ia akan keluar error 404, tetapi bila anda taip www.namablog.com, anda boleh lihat dan baca blog tersebut?
Apa yang saya maksudkan dengan error 404 tu? Mungkin yang tak berapa pasti tu, boleh lihat contoh di bawah ini. Saya berikan dua contoh, satu melibatkan URL entri blog dan satu lagi URL blog tersebut tanpa www.
Masalah Error 404 Pada Blogspot
Ok, faham?
Sekarang kenalpasti punca.
Punca dan Cara Penyelesaian
Ada beberapa punca utama.
- Entri blog tersebut telah dipadamkan, jadi apa yang anda mahu lihat di blog tersebut sudah tidak wujud lagi.
- Blog tersebut tidak wujud - mungkin pemiliknya ambil keputusan untuk padam blogspot miliknya. Selalunya, apabila kita taip namablog.blogspot.com; ia akan keluar - Blog Not Found. Tetapi jika asal URL blog tersebut menggunakan nama domain sendiri, ia akan keluar seperti paparan di atas.
- URL kepada entri tersebut telah berubah. Mungkin perubahan tersebut dilakukan oleh pemilik blog tersebut.
- Pemilik blog tidak melakukan redirect seperti di tunjukkan di bawah ini (khususnya untuk blogspot yang menggunakan domain berbayar). Jika tidak tick bahagian seperti ditunjukkan di bawah ini, maka ... apabila ada yang taip nama blog tanpa www ... error page 404 akan keluar.
Semoga panduan ini bermanfaat, dan boleh dijadikan rujukan buat blogger yang hadapi masalah seperti ini. Jika anda mengenali atau mengetahui mana-mana blog yang ada masalah seperti ini. sila beritahu pemilik blog tersebut untuk membuat redirect global (www).
Cara Buat Redirection Untuk Blogspot
Kepada blogger yang ada masalah untuk kekalkan link lama, tetapi mahu
redirect pada entri baru (penyelesaian kepada masalah URL entri blog berubah), boleh ikuti panduan seperti di bawah ini.
Anda perlu memberitahu kepada enjin carian, bahawa URL entri telah berubah seperti saya tunjukkan di atas ini. Hanya masukkan URL entri lama, dan kemudian entri baru. URL yang baru mestilah dari blog yang sama, tidak boleh redirect ke blog lain.
Oh ya, bahagian
Errors and redirections ini anda boleh jumpa di bahagian dashboard - search Preferences.
Sampai di lain artikel, jangan lupa baca tips lain yang berkaitan dengan masalah blog blogspot ini.