Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus. Gunakan servis percuma Google Plus Profile untuk membolehkan anda dikenali di dalam dunia blog Malaysia. Lupakan soal widget follower NFC yang dah lapuk, tetapi guna pakai widget Google Plus Profile untuk membolehkan entri-entri blog anda dikongsi secara automatik ke komuniti Google Plus.
Ini merupakan satu tips blogging yang mungkin baru buat sesetengah orang. Namun, adalah sangat penting untuk seorang blogger mengetahui bahawa dengan mempunyai akaun blogspot yang disertai dengan Google Plus Profile memberikan kelebihan tersendiri.
Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus
Jika anda belum mempunyai
Google Plus Profile, maka segeralah dapatkannya. Hanya tukarkan id profile blogger.com/blogspot anda ke Google Profile dan walla .. anda sudah mempunyai akses tanpa had ke komuniti Google Plus.
Letakkan widget asas ini di dalam blog anda. Ia juga salah satu tag penting untuk mengetahui siapakah penulis blog tersebut. Google sangat sukakan blog yang ada profile ini. Jadi manfaatkan sebaiknya. Ia bukan sahaja sebagai tips asas untuk blog mendapat trafik dan dikenali, tetapi juga sangat baik untuk tujuan SEO blogspot.
Cara-Cara Letakkan Google Plus Profile dalam Blogspot
Ok. Sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk memasukkan
Google Plus Profile ke dalam blogspot, dan bagaimana untuk buatkan entri yang baru diterbitkan secara automatik dikongsikan di laman komuniti Google Plus.
Cara-caranya adalah ditunjukkan seperti di bawah ini.
Setelah masukkan
Google Plus Profile ke bahagian
sidebar blogspot anda, pastikan pula anda tetapkan
setting untuk Google Plus anda seperti ditunjukkan di bawah, supaya setiap kali entri baru anda diterbitkan; ia akan secara automatik dikongsikan di komuniti Google Plus.
Semoga bermanfaat.