Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste. Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa algorithma pencarian versi Google telah dinaik-taraf untuk mengesan blog-blog yang menerbitkan entri 'copy-paste'. Algorithma tersebut akan dapat mengesan isi kandungan yang mempunyai persamaan isi. Seandainya isi kandungan blog tersebut hampir 80 peratus merupakan isi kandungan 'copy-paste', pihak Google akan menolak atau menidakkan iklan Adsense di blog tersebut (jika ada).
Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste
Iklan Adsense tidak akan keluar di blog berkenaan jika terdapat entri
copy-paste atau punyai persamaan dengan blog lain - yang terlebih dahulu menyiarkan entri yang serupa.
Jadi, buat blog yang berjaya menerbitkan entri tersebut terlebih dahulu, dan digelintar atau diindeks terlebih dahulu oleh Google, maka 'hak' penerbitan atau isi kandungan entri tersebut menjadi 'milik'nya.
Makanya, saya berpendapat .... kepada blog-blog informasi yang kebanyakkannya tidak akan terlepas daripada melakukan entri '
copy-paste' ini, perlu usaha keras sedikit untuk menjadi yang pertama melaporkan. Dan, seandainya ingin mengelak daripada ditandakan oleh Google sebagai blog '
copy-paste', maka cuba olah sedikit entri tersebut atau berita mahupun laporan '
copy-paste' itu dalam bentuk dan cara anda.
Semoga diambil perhatian.