Tips Memilih Nama Blog dan URL. Untuk kesekian kalinya, saya ingin berkongsi satu tips blogging 101 penting khasnya untuk blogger baru terutamanya buat mereka yang mahu membuat sebuah blog baru sendiri. Perkara yang paling penting untuk sesebuah blog itu berjaya ialah memilih nama blog serta URL (link) blog yang mudah diingati.
Ramai blogger yang baru berjinak di dalam dunia blog Malaysia telah melakukan kesilapan dengan menamakan blog sendiri dengan nama-nama yang cukup sukar untuk diingati. Apatah lagi menggunakan huruf-huruf serta perkataan yang boleh tersilap taip, atau mengelirukan.
Tips Memilih Nama Blog dan URL
Sedikit tips untuk memberikan nama dan URL blog, cuba manfaatkan tips ini sebaiknya. Nama blog boleh diubah tanpa sebarang masalah, begitu juga dengan URL blog - asalkan tidak diambil oleh orang lain.
Elakkan memberikan nama blog yang terlalu panjang - pastikan tidak lebih daripada 30 patah perkataan.
Tips Pilih Nama dan URL Blog
- Nama blog perlu simple tetapi tidak terlalu pendek.
- Nama blog mestilah unik dan tidak copy-paste nama blog lain.
- Ada kata kunci pada nama blog tersebut walaupun bukan wajib.
- Elakkan penggunaan huruf-huruf berulangan secara dekat dalam URL, seperti HasrulHassan.com (ss berulangan dekat), Kembaraasliie.com atau HouseDiariies.com - ia akan menyebabkan typo error kelak.
Nama blog seperti Kisah Hidupku, Coretan Diari, Nota Peribadi adalah terlalu am, dan tidak melambangkan keunikan. Pilih nama blog yang menggambarkan cerita anda yang eksklusif dan unik. Adalah disarankan meletakkan nama blog khasnya untuk blog peribadi dengan nama penulis blog (nama anda).
Jika anda membuat sebuah blog yang ada niche sendiri, maka wajib diletakkan perkataan berkaitan niche tersebut dalam nama blog anda - contohnya Kembara Bajet Azlin Cantik, atau Blog Kesihatan Ephyra Muslimah.
Saya harap tips ini jelas dan bantu anda untuk memilih dan meletakkan nama blog serta URL yang mudah diingati - tanpa perlu membuka blog. :)