Tips Memilih Template Blogspot. Ramai yang mahukan template yang cantik, tersusun dan nampak menarik pada mata pengunjung. Sebenarnya ada banyak template-template percuma yang boleh anda download, dan gunakan untuk blog anda, terutama sekali blog blogspot. Cuma mungkin, ada rakan blogger baru yang tidak tahu cara nak mendapatkannya.
Ok. Sebenarnya template default yang telah disediakan oleh blogspot pun sudah cukup baik. Saya dulupun semasa awal membuat blog sendiri, menggunakan template blog yang disediakan oleh blogspot. Template percuma yang sudah siap segala kemudahan untuk sebuah blog berfungsi.
Panduan Memilih Template Blogspot
Tetapi, bukan semua template sesuai dengan apa yang ingin kita tulis di dalam blog. Template blog yang bersesuaian sangat penting supaya ia dapat menggambarkan apa yang akan dibaca oleh pengunjung blog anda.
Contohnya, jika template blogspot anda itu ada gambar latar kamera, pastilah isi kandungan itu ada kaitan dengan gambar yang cantik, atau tips berkaitan penggunaan kamera. Jika anda menggunakan template tentang cara buat duit online, anda boleh cari dan dapatkan template percuma yang gambarkan bisnes seperti latar wang ringgit Malaysia, transaksi bank dan seumpamanya.
Tips Memilih Template Blog Yang Sesuai
Di dalam blogspot, ada tujuh template default yang disediakan, seperti di tunjukkan di bawah ini, iaitu
Simple, Dynamic Views, Picture Window, Awesome Inc, Watermark, Ethereal, dan
Travel. Dan di dalam template
Dynamic Views ada beberapa lagi template khas disediakan.
Bagaimana nak pilih template yang sesuai? Ok, saya akan berikan panduan dan tips ringkas ini, anda boleh ikut tetapi saya ingatkan, template yang cantik dan menarik di mata kita, tidak semestinya sesuai dengan isi kandungan dan persembahan blog, begitu juga dengan mata pengunjung blog.
- Pilih template yang mudah untuk anda kemaskini.
- Gunakan template yang sesuai dengan niche blog atau tema blog anda. Ingat apa yang telah anda tulis di entri pertama blog anda.
- Gunakan template yang menggunakan warna putih atau transparent sebagai asas, kecuali blog anda merupakan blog niche fotografi - saya syor gunakan latar hitam untuk serlahkan gambar, dan font putih sebagai warna tulisan.
- Gunakan template yang menyerlahkan kandungan atau entri, dan bukan hiasan latar. Isi kandungan inilah yang akan kekalkan pengunjung menjadi pembaca setia.
Tips Dan Panduan Ringkas Pilih Template Default Blogspot
Syor saya jika anda mahu menggunakan template default dari blogspot:
- Gunakan template Dynamic Views jika setiap post dan entri dalam blog ada gambar.
- Gunakan template Travel dan Awesome jika anda lebih suka post gambar lebih banyak dari cerita atau teks.
- Gunakan template Simple untuk penulisan berbentuk santai dan kisah-kisah peribadi seharian.
- Gunakan Picture Window untuk menyerlahkan kandungan blog anda tetapi pada masa yang sama, ada warna dan latar yang menarik.
Ada rakan blogger saya yang menasihati saya, jika mahukan hits yang tinggi, gunakan template
Dynamic Views ... sebab menerusi template tersebut, pengunjung ada pilihan untuk view blog anda dalam paparan lain.
Sebagai tambahan tips dan panduan memilih template blogspot, uji dahulu paparan seperti di bawah ini sebelum anda klik butang
Apply.
Buka dashboard blogspot anda, pilih template, dan cuba pilih mana-mana default template disediakan, sebelum tekan
Apply To Blog, klik dulu
Preview. Satu tetingkap akan dibuka, dan anda boleh skroll ke kiri dan kanan untuk uji penampilan blogspot anda dengan mudah.
Bila benar-benar puas hati, barulah tekan butang
Apply To Blog. Jika tersilap tekan, atau esok lusa rasa nak tukar template, hanya lakukan
step tadi dari awal.
Semoga bermanfaat.