Rujukan Blogger Malaysia

Rujukan Blogger Malaysia


  • Utama
  • Topik Rujukan▼
    • Rujukan AM Blogger
    • Tips Blogging 101
    • Teknik SEO
    • Widget Blogspot
    • Jana Income
  • Info Blog
  • Polisi Privasi
  • Hubungi

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 06:38

Ramai blogger yang kerja dari rumah. Saya sendiri jana income secara kerja dari rumah. Salah satu platform untuk buat kerja dari rumah ialah menerusi iLancee. Buat kerja dari rumah dengan iLancee memberikan anda kelebihan untuk menawarkan khidmat dan servis yang boleh anda lakukan hanya dari rumah secara mudah.

Apa yang perlu anda buat ialah dapatkan sebuah akaun percuma menerusi iLancee. Anda daftar percuma kemudian anda masukkan jenis servis atau kerja yang anda tawarkan. Sesiapa yang melihat tawaran anda menerusi iLancee kemudiannya akan hubungi anda untuk urusan tempahan. Itu sahaja.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Servis iLancee terbuka untuk semua, dan anda boleh iklankan servis anda tanpa ada sebarang kos dikenakan. Ya, daftar percuma kerja dari rumah dengan iLancee, dan iklankan servis anda secara percuma dengan iLancee.

Anda boleh tawarkan servis seperti menjahit baju, membuat banner iklan, membuat kad nama, menyediakan ayat-ayat iklan, promosi produk di FB dan macam-macam lagi. Yang penting, anda tawarkan servis yang anda mampu laksanakan dengan mudah, dengan cepat.

iLancee memberikan kemudahan terbaik untuk kerja dari rumah secara percuma kepada semua.

Tak kiralah anda seorang blogger, seorang usahawan kecil-kecilan, seorang pelajar, seorang guru .. selagi anda ada sesuatu yang boleh anda tawarkan sebagai servis, maka boleh gunakan iLancee untuk promosi dan mendapat tawaran kerja.

Tawaran Kerja Menerusi iLancee

Bagaimana nak dapatkan kerja menerusi iLancee?

Dalam iLancee, selain daripada menawarkan servis ... anda juga boleh mencari servis yang ditawarkan. Jadinya, ia platform dua hala - anda boleh tawarkan servis, dan boleh tawarkan kerja. Faham tak ni?

Konsepnya sama macam laman web terkenal - Fiverr.
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

ILancee adalah tempat setempat di mana anda boleh tawarkan kerja, dan mencari servis dengan harga berpatutan untuk sesuatu kerja yang ingin dibuat.

Nak tahu lebih lanjut lagi, maka boleh terus login ke iLancee.com. Platform kerja dari rumah ini percuma sahaja. :)

Jana Income Blog Dalam USD

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 02:13

Berminat nak jana income blog dalam USD tak? Kalau berminat, saya syorkan anda untuk daftar dengan platform pengiklanan Adsense. Adsense adalah platform pengiklanan online nombor satu di dunia. Jika anda ada blog, ada laman web, ada akaun YouTube .. maka saya syorkan anda untuk dapatkan akaun penuh (full) Google Adsense.

Mahu jana income blog dalam USD tak? Maka, ambil peluang daftar Adsense secara percuma, dan baca ulasan saya di bawah ini mengenai buat duit USD dengan Adsense ini ..

Jana Income Blog Dalam USD

Jana Income Blog Dalam USD

Ramai yang biasa nampak iklan Google Adsense ini. Ia ada di merata tempat di internet. Anda boleh lihat iklan ini menerusi laman web seperti BH Online, Utusan Online, Sinar Harian Online, HarakahDaily, termasuklah laman web luar negara.

Laman-laman web tersebut mendapat ribuan USD setiap bulan dengan memaparkan iklan dari Google Adsense sahaja.

Begitu juga dengan beberapa blog seperti SiakapKeli, ViralKini, BeautifulNara, TheVocket, HasrulHassan, dan banyak lagi. Blog-blog ini menjana income dalam USD setiap bulan, hanya dengan paparkan iklan Adsense di setiap sudut blog, malah ada di antaranya menggunakan platform video YouTube untuk memaksimakan income Google Adsense.

Berikut adalah beberapa contoh iklan Adsense yang boleh anda lihat di internet ...
Jana Income Blog Dalam US
Jana Income Blog Dalam US

Jadi, jika anda ada blog, maka saya syorkan anda untuk letakkan iklan Adsense ini bagi membolehkan blog anda menjana duit dalam USD. Ia sama sahaja seperti platform pengiklanan lain seperti Nuffnang, Innity ... anda hanya perlu salin-tampal kod Adsense ke dalam blog anda, dan biarkan blog anda buat duit secara automatik dengan iklan Adsense.

10 Fakta Menarik Jana Income Blog USD Dengan Adsense

Beberapa fakta menarik yang membuatkan saya syorkan anda untuk daftar dengan Adsense ini, iaitu:
  1. Ia tidak ambil kira soal trafik, samada blog anda ada trafik tinggi atau tidak, bukanlah menjadi syarat untuk memohon Adsense.
  2. Anda boleh letak kod iklan Adsense lebih daripada sebuah blog, dengan syarat anda memohon akaun Adsense penuh. Hanya satu kod untuk semua blog anda.
  3. Anda boleh memaksima income Adsense menerusi YouTube. Sebaik sahaja anda ada akaun penuh Adsense, anda boleh gunakan ia untuk jana income menerusi video di YouTube.
  4. Adsense bayar anda setiap bulan secara automatik. Anda tidak perlu nak apply atau cash-out. Apa yang perlu anda buat ialah letakkan butiran pembayaran sahaja.
  5. Adsense bayar terus ke akaun bank anda. Setakat ini, saya terima duit Adsense menerusi Maybank dan juga CIMB.
  6. Adsense bayar anda dalam USD. Nilai MYR yang bakal anda terima adalah bergantung dengan nilai tukaran wang asing bank yang anda pilih untuk transfer duit Adsense.
  7. Adsense juga bayar anda menerusi Western Union; jika anda tidak mempunyai akaun bank.
  8. Adsense paparkan iklan yang relevan mengenai blog anda. Jika blog anda bercerita pasal percutian, maka iklan-iklan yang banyak akan muncul ialah iklan mengenai percutian - seperti tempahan hotel, tempahan dinner, tempahan tiket kapal terbang .. ini akan bantu dapatkan income USD yang tinggi dari Adsense.
  9. Adsense pantau blog anda dari segenap sudut - jumlah trafik, jumlah income yang anda dapat, post yang boleh berikan income lebih dan bermacam-macam lagi.
  10. Adsense akan bantu anda memaksimakan jumlah USD yang anda terima setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Pihak Adsense akan hantar email berikan tips untuk anda buat duit lebih banyak dengan blog anda.

Dan banyak lagi kelebihan yang ada dalam Adsense.

Syarat Ketat Adsense Tetapi Berbaloi

Disebabkan ini, Adsense mengenakan syarat yang ketat untuk setiap blog memohon mendapatkan akaun penuh Google Adsense. Ada banyak syarat yang perlu dipatuhi. Pun begitu, jika anda seorang blogger yang bertanggungjawab dan kebanyakkan entri anda adalah konten yang bermanfaat, usah risau .. in Sha Allah, anda boleh dapat akaun Adsense penuh dengan mudah.

Untuk bantu anda mendapatkan akaun Adsense, serta cara-cara memaksimakan income USD menerusi platform pengiklanan ini, saya syorkan anda untuk mendapatkan Panduan Raja Adsense Revive 2017 yang ditulis oleh rakan saya iaitu saudara Shamsuriyadi.


Panduan Raja Adsense Revive adalah panduan dan rujukan untuk anda mendapatkan akaun Adsense dari A sampai Z. Ia akan ajar anda cara untuk peroleh akaun Google Adsense Penuh (full). Malah, panduan ini akan tunjukkan cara untuk anda memaksima income blog anda dan banyak lagi tips terbaik buat duit dengan blog.

Tempahan Panduan Raja Adsense

Jika berminat untuk peroleh income USD dengan blog menerusi Google Adsense, dapatkan panduan tersebut dengan harga promosi RM80 sahaja. Untuk review, anda boleh baca di sini - Panduan Adsense Revive untuk Blogger.

Untuk terus membuat tempahan secara online, sila ke laman berikut (klik): Tempahan Raja Adsense Revive 2017

Saya doakan anda berjaya mendapatkan akaun Adsense penuh, dan seterusnya membuat langkah bijak jana income blog dalam USD menerusi Adsense ini.

Teknik SEO Pertama Perlu Dibuat Untuk Blog

Teknik SEO Pertama Perlu Dibuat Untuk Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 08:18

Best kalau bila kita search something kat google ke .. kat yahoo ke .. kat bing ke ... tengok2 blog kita yang kuar dulu dalam search engine tu. Best kan? Uhh ... cuba la korang try carian 'Rujukan Blogger' .. tengok apa yang keluar.

Korang tau tak bahawa ada cara nak jadikan blog kita keluar pertama sekali dalam search engine ... terutama bila benda yang dicari itu ada kaitan dengan entri bloog kita. Teknik ini dinamakan Search Engines Optimization (SEO). Ramai gak blogger yang buat tip tentang SEO ni. Dan saya difahamkan ada sesetengah teknik ni dah tak berapa berkesan.

Teknik SEO Pertama Perlu Dibuat Untuk Blog

Saya memang gunakan teknik SEO untuk semua blog saya? Mengapa? Sebab saya mahu apa yang saya tulis sampai kepada pembaca yang betul.

Nak guna teknik SEO dalam blog kena rajin. Setiap kali saya tukar layout, setiap kali saya tukar design blog saya; setiap kali itulah saya kena edit dan tulis balik coding untuk tujuan SEO bagi blog ni. Memang agak leceh tapi gitulah .. nak jadikan blog ini dicapai mudah oleh orang lain, maka kena la berusaha untuk terapkan teknik SEO ni.

Teknik apa yang saya gunakan? Hmm, nak saya bercerita, saya tak pandai. Tapi saya ikut panduan dari blog ini - KLIK SINI. Ia mudah. Senang saya ikut. So sesapa nak try ... boleh cuba ikut panduan yang diberikan tu. Tak semestinya anda ikut semua panduan tu .. saya pun gunakan sebahagiannya sebab saya fikir ada yang tak berapa saya berkenan. :)

Ok .. selamat mencuba.

Tips Penjenamaan Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 22:58

Anda dah lihat pada senarai blog yang menang anugerah MSMW2016 tak? Dah jenguk satu persatu? Nampak apa yang menarik berkaitan blog tersebut tak? Kalau belum baik anda pergi tengok .. mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari. Paling penting adalah anda lihat bagaimana blog tersebut menjenamakan 'dirinya' dalam dunia media sosial Malaysia.

Saya nak berikan sedikit tips untuk penjenamaan blog ni. Bukannya tip hebat mana pun, tetapi asasnya ada, in Sha Allah untuk memudahkan blog dikenali dan mendapat tempat sepatutnya.

Tips Penjenamaan Blog

Tips Penjenamaan Blog
Berikan Nama Blog Unik Dan Mudah Diingati
Berikan nama blog yang mudah untuk orang ingat. Jika nama blog susah untuk diingati oleh anda sendiri .. jadi memang bermasalah...haha. Benda ni asas, sebelum anda membuat blog sudah fikirkan mengenai nama blog yang sesuai dengan diri dan tema blog anda. Jangan terlalu panjang sehingga sukar nak eja. Paling bagus ialah nama online anda, untuk sebuah blog peribadi.

Kalau nak unik, boleh sesuaikan dengan ejaan. Tetapi jangan rumit sehingga membuatkan orang sering terkeliru atau tersasul. Contohnya Amanz, boleh berkaitan teknologi yang gunakan nama ... ejaan nama ditambah z, memberikan kesan bahawa ada sentuhan nilai teknologi di situ.

Penggunaan Warna dan Latar Blog
Blog perlu ada warna dan latar yang mencerminkan tema sesebuah blog. Contohnya blog makanan, atau blog yang paparkan kisah makan atau review restoran; latar mungkin boleh letakkan gambar garfu atau sudu, cawan pinggan mangkuk. Nak lebih baik, gunakan corak warna sama, atau yang setaraf.

Ada blog yang menggunakan warna garang yang mudah untuk diingati. Kalau boleh warna yang jarang digunakan oleh mana-mana entiti online. Apabila orang sebut blog warna biru, orang akan ingat blog sekian-sekian. Begitulah yang telah saya buat untuk blog hasrulhassan.com, mempopularkannya dengan warna oren.

Header Blog Mencerminkan Identiti
Cuba rekacipta atau hasilkan sebuah header blog yang nampak mesra. Mesra pada pandangan mata pengunjung - iaitu tidak terlalu sarat, dan mudah untuk orang ingat. Selalunya blogger akan meletakkan gambar sendiri sebagai header, ia sangat bagus dan berkesan untuk sebuah blog keluarga atau blog peribadi. Tetapi, jika blog anda menceritakan soal gajet .. adalah tidak wajar meletakkan gambar anak sebagai header blog.

Contohnya untuk sebuah blog pelancongan, apa yang saya syorkan ialah letakkan gambar tempat pelancongan yang menarik. Untuk seimbangkan jenama, letakkan logo atau wajah anda. Gambar tempat pelancongan yang anda pernah pegi jua boleh dijadikan header yang bagus.

Logo
Ramai blogger Malaysia yang tidak mewujudkan logo sendiri untuk blog. Logo ini boleh anda gunakan sebagai wakil diri dan juga blog. Buat satu logo ringkas dan letakkan dalam blog. Gunakan logo ini di serata media sosial yang ada kaitan dengan blog anda.

Logo juga boleh dijadikan avatar. Logo juga boleh diletakkan dalam kad nama seorang blogger. Logo juga boleh dipaparkan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Anda boleh gunakan logo ini untuk membuat baju sendiri atau aksesori yang boleh memberikan impak kepada jenama blog anda.

Penggunaan Ayat
Kadangkala lengok ayat juga boleh dijadikan sumber untuk mempertingkatkan jenama blog. Penggunaan ayat seperti dalam tagline, dalam hashtag, dalam kategori blog, dalam label blog boleh memberikan impak yang bagus agar blog mudah dikenali.

Tagline adalah salah satu cara mudah penggunaan ayat untuk penjenamaan. Anda gunakan tagline ini dalam apa juga perkara berkaitan blog. Seperti saya katakan tadi, boleh jadikan ia satu perkaitan dengan jenama blog anda, contohnya apabila saya tweet di laman twitter saya, saya akan gunakan hashtag #panduanblogger #rujukanblogger #pakarseomalaysia sebagai cara untuk membolehkan orang mengenali blog saya sebagai apa yang saya hashtag kan. Faham kan?

Cari perkataan unik yang boleh berikan impak, dan jadikan ia pembawa jenama kepada blog anda. Contoh seperti DUH ... KIPIDAP.... WALLAWEIH. Gunakan perkataan ini sekerap yang boleh ketika menghasilkan entri, hatta apabila komen blog orang lain. Lama kelamaan, orang akan kaitkan sesuatu perkataan itu dengan blog anda.

Cuma pastikan perkataan baik sahaja digunakan. :)

Orait, itu serba sedikit tips penjenamaan blog yang boleh anda ikuti. In Sha Allah, jika diamalkan dengan betul, akan berikan kesan positif dan melangsungkan blog anda dikenali dengan mudah.

Selamat mencuba.



9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 20:54

Tahniah kepada 9 blog Malaysia yang berjaya menggondol anugerah dalam kategori masing-masing di Minggu Media Sosial Malaysia 2016 (MSMW2016). Semua blog yang menang memang hebat-hebat belaka dan mempunyai pengaruh dalam media sosial Malaysia. Kalau tak ada pengaruh, mana mungkin boleh dapat undian terbanyak untuk ternobat jadi finalist .. ye tak?

Saya antara blogger yang mencalonkan blog sendiri di dalam anugerah MSMW2016. Bukan kali pertama dibuat, malah setiap tahun diadakan sejak 2012 kalau tak silap. Pernah la merasa berada di dalam kelompok terbaik apabila menjadi top 3 blog pendidikan pada tahun 2013. Rezeki tak ada nak menang anugerah, jadi pasrah. Namun, bukan bermakna saya akan berhenti untuk tampilkan blog sebagai satu jenama.

9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016

9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016
Tahun 2016, rezeki untuk menang anugerah yang berprestij ini menjadi milik 9 top blog Malaysia ini. Blog manakah yang berjaya, dan siapa mereka .. mari lihat pada senarai di bawah:
  • Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
  • Best Foodie Blog - www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin
  • Best Lifestyle Blog - www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria
  • Best Travel Blog - www.runawaybella.com oleh Aliza Manap
  • Best Content Blog - www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib
  • Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy
  • Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus
  • Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad
  • Promising Blog of The Year - www.viramon.com oleh Vocket Media
Memang terbaik kan? Saya sendiri teruja dengan kemenangan mereka, lalu meletakkan blog mereka sebagai paling top, paling popular, paling berpengaruh di Malaysia dalam kategori masing-masing.

Satu kebanggaan juga pada saya apabila beberapa nama rakan blogger yang saya kenal berjaya dalam kategori masing-masing, walaupun secara jujurnya saya letakkan undian rahsia saya pada blog lain .. hehehe.

Apapun tahniah sekali lagi.

Andai anda mahu blog anda melangkah setapak lebih baik daripada blog orang lain, beranikan diri untuk menjenamakan blog, bina pengaruh dan masuk bertanding dalam apa-apa jua acara, kontest, giveaway supaya orang nampak.

Nak pergi jauh kan?

Gambar kredit: FB Sunway Pyramid


Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Rujukan Blogger

Popular Posts

  • Cara Letakkan Adsense Tengah Post
    Cara Letakkan Adsense Tengah Post . Iklan Adsense mempunyai keupayaan untuk mudah diklik jika kita tahu untuk memposisikan kedudukannya di d...
  • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
    Berapa Banyak Jenis Font Boleh Digunakan dalam Blog? Hanya 3 jenis sahaja! jangan lebih dari itu! Ini antara perkara asas dalam membina blo...
  • Tips Menulis Post Pertama
    Tips Menulis Post Pertama . Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain pos...

Blog Archive

  • ▼  2017 (2)
    • ▼  March (2)
      • Kerja Dari Rumah Dengan iLancee
      • Jana Income Blog Dalam USD
  • ►  2016 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  March (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (15)

Copyright © Rujukan Blogger Malaysia. All rights reserved.
Partner: Pakar SEO Malaysia. Kerjaya Graduan.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger

↑