Video Cara Menggunakan Google Plus. Adakah anda tahu sebagai seorang pengguna perkhidmatan daripada Google, iaitu blogspot (www.blogger.com) anda sepatutnya menggunakan Google Plus untuk diberikan 1001 kelebihan? Anda sepatutnya meletakkan widget Google Plus Profile ini di dalam blogspot anda kerana ia akan memberikan impak positif jangkamasa panjang yang anda tidak ketahui.
Jika anda seorang blogger dan pengguna Google, jangan lepaskan peluang ini untuk menambah rakan, menambah follower blog menggunakan Google+ ini.
Anda hanya perlu
add widget di bahagian dashboard blogspot anda, dan letakkan di sisi (sidebar) blogspot anda untuk beberapa kelebihan berikut:
- Keupayaan untuk blog post jadi trending di Google.
- Keupayaan untuk blog post dikongsikan oleh jutaan pengguna Google.
- Kelebihan untuk berada di halaman pertama enjin carian Google.
- Kelebihan untuk diberikan autoriti kepada topik yang dikongsikan di blog.
- Kelebihan untuk menerima trafik daripada komuniti Google Plus.
Video Cara Menggunakan Google Plus
Kepada blogger baru mahupun lama yang masih blur mengenai Google Plus Profile ini, saya syorkan anda untuk tonton video di bawah ini sebagai salah satu pengenalan untuk mengetahui apakah itu Google Plus Profile, dan bagaimana ia boleh memberikan impak yang amat memberangsangkan untuk blog anda.
Mahu tonton lagi? Sebuah lagi video khas berkaitan cara menggunakan Google Plus Profile untuk anda. Jangan lupa catit dan ingat apa yang dikongsikan. Ilmu percuma ni.
Oh ya, jangan lupa baca - Teknik Mudah Share Entri Blogspot Dengan Google Plus