Ujian Responsif Rekabentuk Blog. Kebolehan untuk sesebuah blog bertindak responsif dalam apa jua peranti mudah-alih sangat dititik-beratkan sekarang. Ini adalah kerana ramai pengguna internet yang telah berubah cara mencapai informasi di internet dari sebuah komputer desktop atau laptop ke sebuah peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet.
Maka, adalah menjadi satu perkara yang perlu diambil-perhatian oleh pemilik-pemilik laman web serta blog bagi menyediakan blog dengan rekabentuk yang bersifat 'mencair' atau responsif, yang berubah bentuk mengikut kepada skrin paparan sesebuah peranti mudah alih tersebut. Sifat ini juga dianggap sebagai mesra mobile atau mobile-friendly.
Ramai yang tidak tahu cara untuk menguji samada blog mereka itu bersifat responsif atau tidak. Jadi, saya akan kongsikan beberapa cara untuk anda buat ujian responsif ke atas blog anda. Ujian ini penting dilakukan untuk memastikan samada blog benar-benar mesra mobile, dan dapat diakses dengan sempurna menerusi peranti-peranti mudah alih serba canggih.
Ujian Responsif Rekabentuk Blog
Cara paling mudah ialah dengan mengecilkan browser pelayar internet anda, khususnya jika anda menggunakan pelayar internet Firefox atau Crome. Saya tunjukkan di bawah ini adalah contoh bagaimana ujian ini dilakukan menggunakan pelayar internet Internet Explorer 11.
Nampak tak? Terdapat perbezaan pada kedua-dua paparan di atas. Pertama, dalam mode biasa, blog yang responsif seperti
blog Rujukan Blogger Malaysia akan paparkan keseluruhan blog seperti rekabentuk asal (penuh) - sidebar blog di tepi, footer di bawah dan sebagainya.
Kemudian, saya kecilkan browser, paparan berubah dengan meletakkan bahagian sidebar blog ke bawah (tapi tak hilang). Semakin kecil, beberapa aspek dalam rekabentuk blog tersebut juga berubah ... seperti saiz gambar yang dipaparkan, kedudukan widget dan sebagainya; tetapi ia tetap ada dan dipaparkan seperti keadaan asal.
Inilah dikatakan sebuah blog yang 100% responsif!
Untuk ujian mudah kedua, anda boleh gunakan peranti mudah alih anda sendiri untuk lihat bagaimana keadaan rupa bentuk blog anda. Lihat bagaimana peranti mudah alih memaparkan blog anda. Adakah semua widget dipaparkan seperti sediakala? Atau ada widget yang hilang?
Laman Web Sediakan Fungsi Ujian Responsif
Ok. Anda tidak ada peranti mudah alih. Nak tahu bagaimana paparan blog anda dalam peranti seperti iPad, iPad Mini, Samsung Galaxy Tab, Nokia, Asus dan sebagainya. Anda boleh cuba beberapa laman web yang membolehkan ujian responsif blog dilakukan. Antaranya:
Anda akan sepatutnya nampak hasilnya seperti di bawah ini...
Atau anda boleh juga menggunakan khidmat percuma yang disediakan oleh Google Webmaster Tools untuk menguji samada blog anda mesra mobile atau tidak dengan pergi ke halaman berikut -
Google Webmaster Tools - Mobile Friendly Test
Faktor Pengiklan Memilih Blog Untuk Pengiklanan Berkesan
Ujian ini bukan sahaja penting untuk pemilik blog, tetapi ia juga dijadikan satu faktor pemilihan oleh pengiklan yang mahu meletakkan iklan berbentuk banner imej di dalam blog. Mereka pasti mahukan blog yang memaparkan banner pengiklanan mereka kelihatan seperti seadanya dalam mode biasa dan juga dalam mode mobile.
Semoga panduan ini boleh membantu rakan-rakan blogger untuk memastikan blog sentiasa memenuhi keperluan teknologi terkini, in Sha Allah.