Cara Delete atau Padam Blog. Bagaimana nak delete blog yang mungkin sudah tidak berupdate atau sudah tidak mahu lagi ditonjolkan di dalam dunia blog Malaysia? Ok. Tak susah sebenarnya, sama seperti anda pertama kali mahu buat blog sendiri. Cuma mungkin saya nak tambah satu lagi tatacara memadamkan blog secara sepenuhnya, sebagai langkah untuk membersihkan enjin carian daripada terus memaparkan blog dan entri yang sudah tiada.
Kenapa saya nak tambah langkah atau tatacara memadamkan blog ini? Ini adalah untuk memastikan bahawa blog dan entri tersebut benar-benar telah dipadamkan. Ada blogger yang sudah ambil langkah untuk memadamkan blog, tetapi gambar daripada blog tersebut masih lagi ada di dalam carian imej, begitu juga dengan feed.
Cara Delete Blog
Ok. Ada blogger yang sudah merasakan memadai untuk memadam blog dengan tatacara mudah yang ada di dalam dashboard blogspot. Tetapi, buat seorang blogger yang sensitif dengan apa yang telah dikongsikan menerusi blog mungkin tatacara yang akan saya kongsikan ini bermanfaat untuk dirinya.
Tatacara Delete atau Hapuskan Blog
- Pergi ke ruangan dashboard blogspot anda. Pilih blog yang mahu dipadamkan. Kemudian, pilih Settings blog tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini. Pilih Other, dan paparan yang menunjukkan Blog Tools akan kelihatan.
- Di ruangan Blog tools, ada 3 menu biru yang kelihatan seperti di bawah ini. Pilih Delete blog untuk memadamkan blog anda. Ok. Selesai satu peringkat mudah untuk memadamkan blog anda daripada dashboard blogspot anda.
- Ok. Sekarang anda perlu masuk atau login ke Google Webmaster Tools. Klik pada nama/URL blog yang mahu anda padam tadi.
- Pada bahagian dashboard, klik Google Index seperti ditunjukkan di bawah ini. Di ruangan tersebut, anda akan nampak satu link - Remove URLs. Klik menu tersebut.
- Kemudian, di paparan sebelahnya akan muncul Remove URLs, klik Create a new removal request. Taip URL blog anda di ruangan disediakan. Pastikan anda masukkan URL yang betul kerana ruangan ini adalah case-sensitive (ambil kira huruf kecil dan besar).
- Klik Continue. Dan kemudian Yes. Remove this page. Klik Submit Request.
- Selesai.
Mengapa Tatacara Ini Penting?
Tatacara susulan ini walaubagaimanapun hanya tertakluk kepada blogger yang menggunakan
Google Webmaster Tools. Maka, jika anda seorang blogger, seandainya satu hari nanti mahu memadamkan blog anda secara total, maka pastikan anda daftarkan blog anda di dalam
Google Webmaster Tools ini.
Saya ditanya soalan
cara nak padam atau delete blog sepenuhnya kerana ada blogger yang sebelum ini menulis banyak cerita yang tak berapa sedap dibaca di internet ambil langkah insaf untuk padamkan blog secara total. Yelah, sebelum ini blog tonjol cerita ntah apa-apa semata untuk naikkan trafik, kemudian dia sedar apa yang dilakukan itu lebih memudaratkan daripada beri kebaikan untuk diri dan pengunjung blognya.
Adakala blog yang telah padam, mempunyai versi lain yang masih wujud. Contohnya dalam versi RSS Feed dan juga wujud kandungan blog di dalam bentuk cache (storan simpanan sementara). Dengan cara seperti saya tunjukkan menggunakan Google Webmaster Tools ini, in Sha Allah, segala kandungan blog boleh dihapuskan sama sekali.
Saya harap entri ini akan dapat membantu ramai blogger seperti dia, dan in Sha Allah, tatacara ini akan bantu blogger Malaysia memadam blog sepenuhnya daripada enjin carian. Untuk rujukan tambahan boleh lihat
Completely Remove Entire Page oleh Google.
Semoga berjaya.