Contest Review Lynk.my 2015. Nampaknya ramai blogger Malaysia yang telah menyertai contest online menulis sebuah review untuk servis disediakan oleh Lynk.my. Ia merupakan contest antara terbesar untuk blogger Malaysia bagi tahun 2015. Contest review Lynk.my 2015 menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan, dengan nilai keseluruhan mencapai hampir RM4,000.
Terdapat 3 kategori pertandingan dalam contest ini, iaitu Top SEO, Top Creative dan juga Top LynkUndi. Setiap kategori menawarkan hadiah utama sehingga tempat ketiga berupa wang tunai yang agak lumayan.
Tempoh contest review lynk.my 2015 ini bermula dari 27 Oktober sehingga 27 Disember 2015.
Contest Review Lynk.my 2015
Saya sendiri telah menjadi salah seorang peserta dengan menghantar artikel
Contest Review Lynk.my 2015 menerusi blog HasrulHassan.com. Setakat post ini ditulis, hampir 100 blogger yang telah menghantar penyertaan, dan semuanya telah menghasilkan artikel yang bagus untuk contest ini.
Kebanyakkan blogger tahu apa yang perlu ditulis, cuma yang membezakan setiap artikel adalah cara menulis, teknik SEO, kreativiti, serta penyampaian. Banyak juga artikel contest yang menarik serta berkualiti. Saya fikir kemungkinan besar pihak penganjur iaitu Lynk.my akan sukar memilih peserta yang berjaya menang dalam kategori Top Creative. Proses pemilihan kategori ini nampak susah kerana ia lebih subjektif.
Manakala untuk dua kategori lain, iaitu Top SEO dan juga Top LynkUndi; ia lebih objektif dan pemilihan pemenang lebih mudah kerana ia diambil kira bersandarkan faktor luar.
Untuk kategori SEO, pemenang ditentukan berdasarkan kepada kedudukan di enjin carian Google Malaysia. Manakala untuk kategori Top LynkUndi adalah berdasarkan kepada jumlah klik yang terhasil untuk URL yang telah diberikan penganjur.
Agak sukar untuk meramalkan blog mana yang bakal menang untuk kategori SEO, namun untuk kategori Top LynkUndi, mana-mana blog yang boleh memikat pengunjung dan pembaca untuk undi, mungkin akan memang. Ada beberapa trik yang boleh dilakukan peserta untuk mendapat banyak 'undian' ini, antaranya ialah penggunakan visual contohnya butang KLIK atau butang UNDI.
Pemenang akan dimumumkan pada 29 Disember 2015. Siapa yang akan menang untuk setiap kategori? Kita tunggu dan lihat.
Oh ya, menyertai contest seperti ini juga merupakan salah satu cara untuk buat duit dengan blog. Jadi, jika anda ada blog, dan ada contest, giveaway atau segmen, jangan lupa untuk sertainya. Manalah tahu .... ye tak ...?