Saya ingin kongsikan satu teknik untuk menjadikan gambar mahupun banner iklan anda kelihatan unik di dalam blog. Salah satu caranya ialah dengan membuat banner secara automatik bertukar apabila mouse dilalukan.
Cuba lihat contoh yang akan saya tunjukkan di bawah ini. Apabila anda lalukan mouse anda ke imej, ia akan bertukar ke imej yang lain. Cara sama juga boleh anda gunakan untuk gambar dalam entri blog.
Cara Buat Banner Bertukar Apabila Mouse Dilalukan
Bagaimana nak buat? Senang sahaja ...anda hanya perlu salin kod HTML di bawah ini, dan masukkan url gambar atau sumber gambar anda ke dalam kod yang telah saya sediakan. Anda boleh letakkan dalam entri atau dalam blog.
Untuk banner, anda hanya perlu tambah kod target atau sasaran bila banner diklik. Boleh lihat kod HTML di bawah ini.
Mudah? Saya pasti ramai boleh lakukannya.
Cara inilah yang sering saya buat untuk meningkatkan sales dan mendapatkan komisen daripada program affiliate. Banner iklan nampak lebih menarik, dan ia meransang pengunjung dan pembaca untuk klik banner iklan apabila ia dilalukan oleh
mouse mereka.
Semua panduan ini berguna, dan boleh berikan sesuatu kepada anda.