Salah satu cabaran utama untuk memastikan blog sentiasa disukai pembaca ialah menulis dengan berintonasi. Anda harus faham, cara membaca dan corak pembacaan setiap orang adalah berbeza. Ia bergantung dengan tahap pemikiran, peringkat umur, bahasa yang digunakan dan banyak lagi sebab. Andai tersilap menulis, post anda mungkin akan disalah-ertikan hanya kerana penggunaan bahasanya atau kesalahan meletakkan tanda penting seperti ! atau ?.
Menulis dengan intonasi ada beberapa cara. In Sha Allah, saya akan kongsikan pengetahuan saya mengenai blogging tentang cara menulis dengan intonasi ini. Harapan saya agar anda dapat menulis dengan baik, membawa emosi dalam penceritaan, selain membuatkan blog anda disukai dan digemari, in Sha Allah.
Menulis Dengan Intonasi
Ok. Ada beberapa teknik untuk hasilkan intonasi dalam penulisan.
Menulis Dengan Huruf Besar
Ia membawa erti bahawa ayat itu penting, dibaca dengan nada lebih besar dan lebih ditekankan. Pada sesetengah penceritaan, ia boleh memberikan maksud seolah menjerit. Jadi, gunakan penulisan dengan teknik huruf besar pada ayat atau perkataan yang sesuai sahaja.
Menulis Dengan Meletakkan Tanda Seruan (!)
Lebih kurang seperti menulis dengan huruf besar, tetapi intonasinya lebih rendah, lebih lembut. Namun, semakin banyak diletakkan tanda ini selepas sesuatu ayat, ia boleh memberikan maksud tersangat penting, marah atau dibaca dengan nada sedikit keras.
Menulis Dengan Meletakkan Tanda Soal (?)
Nama pun sudah tanda soal, jadi ayat yang dibuat dengan akhiran ini adalah merupakan satu pertanyaan. Dalam sesetengah keadaan pula, ia dibaca dengan nada keliru. Kena perhatikan ayat dengan tanda ini dengan betul ... jika tanpa perkataan pertanyaan seperti Mengapa, Kenapa, Dimana di dalam ayat ... maka ia boleh berikan erti kekeliruan. Apabila lebih banyak tanda ini muncul dalam pengakhiran ayat, bermaksud ayat tersebut ditekankan tahap kekeliruan itu. Untuk ayat pertanyaan, cukup letakkan sekali sahaja.
Menulis Dengan Ayat atau Perkataan Sendeng (like this)
Memberikan erti pembacaan adalah di luar nada semasa. Ia mungkin perkataan dari orang lain yang sengaja anda letakkan dalam post untuk mengelakkan pembaca keliru dan dapat membezakan antara pandangan anda, dengan pandangan orang lain (sumber). Ia juga ditulis apabila anda menggunakan perkataan yang anda tidak dapat terjemahkan dengan betul seperti perkataan bahasa inggeris yang tiada maksud dalam bahasa Melayu contohnya. Ia juga digunakan untuk penulisan ayat saintifik. Apabila dibaca, intonasi akan menjadi antara jelas dengan tidak sambil ada nada pertanyaan serta keliru.
Menulis Dengan Pembuka dan Penutup Kata
Memberikan intonasi bahawa ia mungkin satu ayat atau perkataan
sarcastic atau berlawanan maksud pada keseluruhan ayat. Seolah cuba memperli sesuatu di dalam perenggan atau ayat yang telah ditulis. Jadi, pembaca akan membaca dengan nada yang sedikit kelainan dengan ayat biasa.
Ok. Rasanya itu sahaja teknik menulis dengan intonasi yang boleh saya berikan sebagai salah satu tips panduan mudah dan am untuk blogger Malaysia. Mungkin ada teknik lain yang tidak terpacul di kepala otak ... jika anda tahu, boleh komen di ruangan disediakan untuk sama berkongsi.
Moga apa yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.