Tips Menulis Post Pertama. Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain post pertama yang patut diterbitkan di dalam blog yang baru dibina. Dalam Tips Blogging 101, saya akan berikan satu panduan am untuk menulis entri pertama di dalam blog anda. Inilah post yang sepatutnya anda terbitkan sebelum memulakan langkah lebih jauh dalam Dunia Blog Malaysia.
Post pertama di dalam blog anda adalah sepatutnya bercerita mengenai apa yang ingin anda tulis di dalam blog anda. Di dalam post pertama tersebut, anda mesti dengan jelas menceritakan kepada bakal pengunjung dan pembaca blog anda, apa yang akan mereka baca, apa yang akan mereka perolehi dan apa yang boleh mereka harapkan daripada membaca blog anda.
Entri Atau Post Pertama Patut Ditulis Dalam Blog
Mungkin ada yang blurr dengan apa yang saya katakan ini. Cuba lihat contoh di bawah ini:
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita aku mahu wujudkan sebuah blog peribadi sendiri. Sangat seronok rasanya mempunyai satu blog sendiri yang boleh dicapai menerusi internet. Saya lihat ramai rakan-rakan saya yang sudah mempunyai blog sendiri, malah ada yang telah mula menjana pendapatan sampingan dengan hanya menulis blog.
Aku tulis blog bukanlah untuk mencari income sampingan, tetapi lebih kepada perkongsian minat aku di dalam bidang fotografi. Aku suka ambil gambar, tetapi memandangkan gaji sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah swasta tidaklah seberapa, jadi aku kongsikan gambar aku secara online menerusi blog. Jadi, tidak perlulah aku keluarkan belanja besar untuk pergi ke kedai gambar dan print satu persatu.
Aku ada kamera DSLR yang aku beli daripada seorang kawan. Kiranya kamera DLSR second-hand (entah-entah six hand dah) yang dibeli dengan bonus boss aku berikan. Mungkin kamera aku tak secanggih orang lain, al maklumlah model lama. Tapi aku rasa seronok apabila gambar cantik (cantiklah sangat) dapat dikongsikan dengan orang lain. Mana tahu, ada otai hebat dalam bidang ini akan komen gambar-gambar yang aku ambil dan publish di blog.
Jadi, aku buat blog ini adalah untuk kongsikan gambar-gambar menarik serta teknik fotografi yang aku gunakan. Mana tahu, esok lusa ada yang minat nak ambil aku kerja sebagai photographer sambilan ke .. hehehe...
Harapnya anda akan seronok berada dan membaca blog aku ini. Dan enjoylah beberapa gambar permulaan yang aku kongsikan ini .....
Siap satu post, letaklah gambar yang berkaitan, dan kemudian fikirkan pula mengenai entri seterusnya yang akan anda tulis. Anda telahpun setkan apa yang mahu anda kongsi - iaitu gambar-gambar yang anda ambil. Jadi, entri seterusnya itu bolehlah ditulis mengenai keterangan gambar, jenis shot diambil, lokasi dan apa juga yang berkaitan dengan gambar yang anda letakkan dalam blog post seterusnya.
Lihat betapa pentingnya post pertama itu anda tulis .... ia akan memudahkan anda untuk merancang post-post akan datang.
Apa yang saya berikan tadi, hanyalah satu contoh am, ada banyak lagi cara menulis post pertama untuk menggambarkan apa yang mahu anda ceritakan.
Ada sesetengah blogger suka menjadikan blog post pertama itu sebagai pengenalan diri - bercerita mengenai diri sendiri, asal usul, tempat tinggal, kerja dan sebagainya. Ia lebih diibaratkan sebagai satu resume online yang ditulis menerusi blog.
Bagi saya, tak salah pun tulis post pertama seperti itu, tetapi harus anda ingat, adakala informasi yang terlalu banyak mengenai diri anda boleh datangkan mudarat, cukuplah anda menggunakan Google Profile Plus anda di dalam blog, seperti pernah saya ceritakan di sini -
Kelebihan Google Plus Profile
Ok. Saya harap dah jelas apa yang perlu anda tulis dalam entri pertama anda. Jika tak jelas, jangan segan-segan untuk bertanya ye.