Rujukan Blogger Malaysia

  • Utama
  • Topik Rujukan▼
    • Rujukan AM Blogger
    • Tips Blogging 101
    • Teknik SEO
    • Widget Blogspot
    • Jana Income
  • Info Blog
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
Home » Domain dan Hosting » Rujukan Blogger » Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar

Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar

Admin
Wednesday, 12 August 2015

Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar. Domain kena suspended? Hosting kena suspeded? Siapa ada dapatkan servis domain dan juga hosting? Selalunya kalau anda seorang blogger yang menggunakan dua servis ini, mesti kena keep alert dengan apa-apa jua pemberitahuan daripada pihak penyedia khidmat, bukan apa, takut nanti jadi macam saya .... kena suspended domain dengan hosting sekali.

Untuk info, nama domain dan hosting adalah dua perkara berbeza.

Anda boleh ada nama domain tanpa hosting sendiri seperti blog peribadi saya ini - www.hasrulhassan.com, hanya daftar nama domain, tetapi hosting blog masih menggunakan hosting percuma yang disediakan oleh blogger.com. Jadi, saya hanya perlu renew pendaftaran untuk nama domain setiap tahun sahaja.

Satu lagi ialah hosting dengan nama domain sendiri. Berbeza dengan perkara pertama saya beritahu tahu, anda langgan servis hosting blog sendiri, dengan nama domain sendiri. Hosting sendiri wajib ada nama domain sendiri, tak mesti tidak. Jika anda langgan hosting, ini bermakna anda kena bayar yuran untuk dua perkara - satu untuk hosting, satu lagi untuk nama domain.

Suspended Domain Serta Hosting

Suspended Domain Serta Hosting

Bagaimana Suspended Domain Hosting berlaku?

Mudah je, seandainya anda tidak bayar yuran setahun untuk dua perkara tersebut- salah satu boleh menyebabkan akaun anda digantung.

Apa Bakal Berlaku?

Dan buat blogger yang ambil pakej ini iaitu beli nama domain dan sewa hosting setahun, seandainya anda tidak perbaharui, anda mungkin hilang dua perkara - nama domain anda, dan juga blog anda. Berbeza dengan jika anda beli nama domain sahaja. Blog anda masih lagi berada di dalam blogger.com. Walaupun anda tidak renew, anda masih lagi menggunakan nama blog (URL) asal tanpa masalah.

Blur ke?

Ok, macam ni. Seandainya tak perbaharui bayaran setahun.
  • Beli nama domain sendiri + pakej hosting - anda akan kehilangan blog dan nama domain.
  • Beli nama domain tanpa hosting - anda hanya akan kehilangan nama domain, tetapi blog tetap ada (URL akan jadi XXX.blogspot.com)
Faham dah?

Apa maksud hilang blog dengan nama domain tu? Kalau anda tidak ada backup pada komputer anda sendiri, kemungkinan semua benda yang anda tulis dan kongsi takkan ada dah. Dalam enjin carian mungkin ada, tetapi ia tidak dapat dipaparkan kerana ia sudah tidak boleh dicapai.

Lagi teruk, jika syarikat tidak simpan data anda, dan nama domain itu telah dibeli oleh orang lain. Maka, memang kena bermula dari kosonglah.

Harap entri ini dapat bantu blogger yang masih lagi tak faham mengenai konsep blog domain name dan hosting ni. Bukan apa, walaupun ia nampak perkara simple, kalau tak belajar dan tak tahu ... anda bakal dimanipulasikan oleh sesetengah orang.


Oh ya, jika nak beli nama domain blog, boleh cuba dua syarikat pendaftar nama domain ini yang saya sendiri gunakan. Syarikat-syarikat ini juga ada sediakan perkhidmatan hosting blog. Saya syorkan memandangkan aspek customer service yang diberikan sangat bagus.
  • Syok Host
  • JomHosting
Moga pencerahan menerusi entri ini mengenai domain dan hosting bermanfaat buat anda.



7 comments

avatar
Reply
sohoque delete 12 August 2015 at 23:37

Namun jika anda pengguna wordpress dengan domain berbayar pilihan anda, anda tidak pilihan melainkan terpaksa membeli hosting sendiri

avatar
Reply
aeinnamusa delete 25 August 2015 at 17:45

tak pasti la saya nya blog www.aeinnamusa.com ni domain je or domain +hosting..sbb mintak kawan buatkan je aritu

avatar
Reply
Unknown delete 18 October 2015 at 15:29

Mesti guna kad kredit ke untuk bayar? Saya tak ada kad kredit tapi ada akaun paypal yang baru je dibuat 2 minggu lepas...macam mana nak buat ye?

avatar
Reply
Unknown delete 18 October 2015 at 15:29
This comment has been removed by the author.
avatar
Reply
Unknown delete 18 October 2015 at 18:39

EPP Code tu yang mana satu?

Blog wordpress wajib di hosting kan ke? Kalau saya dah ada blog wordpress sendiri tanpa hosting...apa kesannya?

Terima kasih atas maklumat saudara.

avatar
Reply
Admin delete 19 October 2015 at 06:17

EPP tu kalau nak pindah domain dari satu syarikat ke syarikat yang lain.

Blog WP tidak wajib dihosting sama juga dengan blogspot. Ada WP free. Kesan tak ada hosting? Sbb hosting tak dikawal kita sendiri.

avatar
Reply
Unknown delete 20 March 2017 at 09:22

Blogspot boleh di hosting sendiri ke? Sama ke cara nak setting dia dan paparan dia 100% sama macam blogspot?

Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Rujukan Blogger

Popular Posts

  • Cara Letakkan Adsense Tengah Post
    Cara Letakkan Adsense Tengah Post . Iklan Adsense mempunyai keupayaan untuk mudah diklik jika kita tahu untuk memposisikan kedudukannya di d...
  • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
    Berapa Banyak Jenis Font Boleh Digunakan dalam Blog? Hanya 3 jenis sahaja! jangan lebih dari itu! Ini antara perkara asas dalam membina blo...
  • Tips Menulis Post Pertama
    Tips Menulis Post Pertama . Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain pos...

Blog Archive

  • ►  2017 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2016 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  March (5)
  • ▼  2015 (19)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ▼  August (15)
      • Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate
      • Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste
      • 4 Masalah Error 404 Pada Blogspot
      • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
      • Ujian Responsif Rekabentuk Blog
      • Video Cara Menggunakan Google Plus
      • Cara Menggunakan Feedburner
      • Tips Memilih Template Blogspot
      • Tips Menulis Post Pertama
      • Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus
      • Tips Memilih Nama Blog dan URL
      • Perkara Penting Sebelum Bina Blog
      • Cara Delete Blog
      • Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar
      • Rujukan Blogger Blogspot Malaysia

Copyright © Rujukan Blogger Malaysia. All rights reserved.
Partner: Pakar SEO Malaysia. Kerjaya Graduan.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger

↑