Rujukan Blogger Malaysia

  • Utama
  • Topik Rujukan▼
    • Rujukan AM Blogger
    • Tips Blogging 101
    • Teknik SEO
    • Widget Blogspot
    • Jana Income
  • Info Blog
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
Home » Arsip March 2016

Tips Penjenamaan Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 22:58

Anda dah lihat pada senarai blog yang menang anugerah MSMW2016 tak? Dah jenguk satu persatu? Nampak apa yang menarik berkaitan blog tersebut tak? Kalau belum baik anda pergi tengok .. mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari. Paling penting adalah anda lihat bagaimana blog tersebut menjenamakan 'dirinya' dalam dunia media sosial Malaysia.

Saya nak berikan sedikit tips untuk penjenamaan blog ni. Bukannya tip hebat mana pun, tetapi asasnya ada, in Sha Allah untuk memudahkan blog dikenali dan mendapat tempat sepatutnya.

Tips Penjenamaan Blog

Tips Penjenamaan Blog
Berikan Nama Blog Unik Dan Mudah Diingati
Berikan nama blog yang mudah untuk orang ingat. Jika nama blog susah untuk diingati oleh anda sendiri .. jadi memang bermasalah...haha. Benda ni asas, sebelum anda membuat blog sudah fikirkan mengenai nama blog yang sesuai dengan diri dan tema blog anda. Jangan terlalu panjang sehingga sukar nak eja. Paling bagus ialah nama online anda, untuk sebuah blog peribadi.

Kalau nak unik, boleh sesuaikan dengan ejaan. Tetapi jangan rumit sehingga membuatkan orang sering terkeliru atau tersasul. Contohnya Amanz, boleh berkaitan teknologi yang gunakan nama ... ejaan nama ditambah z, memberikan kesan bahawa ada sentuhan nilai teknologi di situ.

Penggunaan Warna dan Latar Blog
Blog perlu ada warna dan latar yang mencerminkan tema sesebuah blog. Contohnya blog makanan, atau blog yang paparkan kisah makan atau review restoran; latar mungkin boleh letakkan gambar garfu atau sudu, cawan pinggan mangkuk. Nak lebih baik, gunakan corak warna sama, atau yang setaraf.

Ada blog yang menggunakan warna garang yang mudah untuk diingati. Kalau boleh warna yang jarang digunakan oleh mana-mana entiti online. Apabila orang sebut blog warna biru, orang akan ingat blog sekian-sekian. Begitulah yang telah saya buat untuk blog hasrulhassan.com, mempopularkannya dengan warna oren.

Header Blog Mencerminkan Identiti
Cuba rekacipta atau hasilkan sebuah header blog yang nampak mesra. Mesra pada pandangan mata pengunjung - iaitu tidak terlalu sarat, dan mudah untuk orang ingat. Selalunya blogger akan meletakkan gambar sendiri sebagai header, ia sangat bagus dan berkesan untuk sebuah blog keluarga atau blog peribadi. Tetapi, jika blog anda menceritakan soal gajet .. adalah tidak wajar meletakkan gambar anak sebagai header blog.

Contohnya untuk sebuah blog pelancongan, apa yang saya syorkan ialah letakkan gambar tempat pelancongan yang menarik. Untuk seimbangkan jenama, letakkan logo atau wajah anda. Gambar tempat pelancongan yang anda pernah pegi jua boleh dijadikan header yang bagus.

Logo
Ramai blogger Malaysia yang tidak mewujudkan logo sendiri untuk blog. Logo ini boleh anda gunakan sebagai wakil diri dan juga blog. Buat satu logo ringkas dan letakkan dalam blog. Gunakan logo ini di serata media sosial yang ada kaitan dengan blog anda.

Logo juga boleh dijadikan avatar. Logo juga boleh diletakkan dalam kad nama seorang blogger. Logo juga boleh dipaparkan menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Anda boleh gunakan logo ini untuk membuat baju sendiri atau aksesori yang boleh memberikan impak kepada jenama blog anda.

Penggunaan Ayat
Kadangkala lengok ayat juga boleh dijadikan sumber untuk mempertingkatkan jenama blog. Penggunaan ayat seperti dalam tagline, dalam hashtag, dalam kategori blog, dalam label blog boleh memberikan impak yang bagus agar blog mudah dikenali.

Tagline adalah salah satu cara mudah penggunaan ayat untuk penjenamaan. Anda gunakan tagline ini dalam apa juga perkara berkaitan blog. Seperti saya katakan tadi, boleh jadikan ia satu perkaitan dengan jenama blog anda, contohnya apabila saya tweet di laman twitter saya, saya akan gunakan hashtag #panduanblogger #rujukanblogger #pakarseomalaysia sebagai cara untuk membolehkan orang mengenali blog saya sebagai apa yang saya hashtag kan. Faham kan?

Cari perkataan unik yang boleh berikan impak, dan jadikan ia pembawa jenama kepada blog anda. Contoh seperti DUH ... KIPIDAP.... WALLAWEIH. Gunakan perkataan ini sekerap yang boleh ketika menghasilkan entri, hatta apabila komen blog orang lain. Lama kelamaan, orang akan kaitkan sesuatu perkataan itu dengan blog anda.

Cuma pastikan perkataan baik sahaja digunakan. :)

Orait, itu serba sedikit tips penjenamaan blog yang boleh anda ikuti. In Sha Allah, jika diamalkan dengan betul, akan berikan kesan positif dan melangsungkan blog anda dikenali dengan mudah.

Selamat mencuba.



9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 20:54

Tahniah kepada 9 blog Malaysia yang berjaya menggondol anugerah dalam kategori masing-masing di Minggu Media Sosial Malaysia 2016 (MSMW2016). Semua blog yang menang memang hebat-hebat belaka dan mempunyai pengaruh dalam media sosial Malaysia. Kalau tak ada pengaruh, mana mungkin boleh dapat undian terbanyak untuk ternobat jadi finalist .. ye tak?

Saya antara blogger yang mencalonkan blog sendiri di dalam anugerah MSMW2016. Bukan kali pertama dibuat, malah setiap tahun diadakan sejak 2012 kalau tak silap. Pernah la merasa berada di dalam kelompok terbaik apabila menjadi top 3 blog pendidikan pada tahun 2013. Rezeki tak ada nak menang anugerah, jadi pasrah. Namun, bukan bermakna saya akan berhenti untuk tampilkan blog sebagai satu jenama.

9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016

9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016
Tahun 2016, rezeki untuk menang anugerah yang berprestij ini menjadi milik 9 top blog Malaysia ini. Blog manakah yang berjaya, dan siapa mereka .. mari lihat pada senarai di bawah:
  • Best Blog of The Year 2016 - www.pembina.com.my
  • Best Foodie Blog - www.mahamahu.com oleh Mahadir Mohamed Arifin
  • Best Lifestyle Blog - www.ruby.my oleh Rabiatul Adawiyah Zakaria
  • Best Travel Blog - www.runawaybella.com oleh Aliza Manap
  • Best Content Blog - www.cikguhailmi.com oleh Norhailmi Abdul Mutalib
  • Best Video Blog - www.youtube.com/user/pojiegraphy oleh Mohd Shahril Fawzy
  • Most Engaging Blog - www.kisahemasputih.com oleh Siti Aminah Idrus
  • Most Entertaining Blog - huseinrider.blogspot.my oleh Ahmad Husaini Mohamad
  • Promising Blog of The Year - www.viramon.com oleh Vocket Media
Memang terbaik kan? Saya sendiri teruja dengan kemenangan mereka, lalu meletakkan blog mereka sebagai paling top, paling popular, paling berpengaruh di Malaysia dalam kategori masing-masing.

Satu kebanggaan juga pada saya apabila beberapa nama rakan blogger yang saya kenal berjaya dalam kategori masing-masing, walaupun secara jujurnya saya letakkan undian rahsia saya pada blog lain .. hehehe.

Apapun tahniah sekali lagi.

Andai anda mahu blog anda melangkah setapak lebih baik daripada blog orang lain, beranikan diri untuk menjenamakan blog, bina pengaruh dan masuk bertanding dalam apa-apa jua acara, kontest, giveaway supaya orang nampak.

Nak pergi jauh kan?

Gambar kredit: FB Sunway Pyramid


Pakar SEO Malaysia

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 19:41

Pakar SEO Malaysia, ramai yang mahu tahu siapakah pakar SEO terbaik di Malaysia tatkala ini. SEO atau Search Engine Optimization merupakan satu ilmu teknik membuat dan menulis blog yang membolehkan entri blog berada di kedudukan terbaik enjin carian. Pentingkah SEO ini?

Dari segi nilai, entri yang berada pada top enjin carian merupakan entri yang bernilai tinggi kerana ia bukan sahaja akan memberikan trafik yang mantap tetapi juga membolehkan sesuatu blog mempunyai kekuatan dari segi pemasaran online. Pengiklan sangat suka jika review, cerita, kisah, dan promosi mengenai produk dan jenama mereka berada di top enjin carian. Jadi, blog-blog yang dikategorikan mesra SEO dan pemiliknya pula adalah seorang penulis blog yang pakar SEO maka ia sering menjadi pilihan pengiklan.

Pakar SEO Malaysia

Pakar SEO Malaysia
Memang sukar mahu bersaing secara online terutama apabila mahu memastikan entri blog berada di kedudukan top 5 enjin carian khusus untuk kata kunci tertentu. Jika penulisan entri cukup mantap, in Sha Allah akan kekal berada lama di dalam kelompok teratas enjin carian.

Hasil Apabila Menjadi 'Pakar SEO'

Cuba lihat contoh di bawah ini. Ia merupakan hasil daripada teknik SEO. Apabila orang taip 'Seminar Hartanah Berbaloi' atau 'Seminar Hartanah Murah', mereka akan dapati entri yang ditulis oleh saya menerusi blog hasrulhassan.com berada paling atas. Pengiklan tentu suka  .. apatah lagi bila nama blognya juga turut terselit.
Ok. Apa yang saya paparkan di atas hanyalah satu contoh sahaja. Bukan nak membuktikan bahawa saya ini adalah seorang pakar SEO di Malaysia. Cuma nak tunjukkan bahawa SEO itu penting untuk seorang penulis blog seperti saya.

Teknik SEO Bantu Pemasaran Secara Online di Internet

Menerusi teknik SEO ini, saya boleh mempromosikan banyak produk secara online. Samada produk saya, mahupun produk orang lain. Ia bukan hanya membantu diri dan blog saya untuk penjenamaan, malah membantu usahawan, pengiklan dan syarikat yang mahu wujudkan awareness berkaitan produk dan bisnes mereka.

Post Seminar Percuma Hidup Luar Biasa yang telah saya tulis sekitar tahun 2014 pernah mendapat top rank di enjin carian. Post itu adalah berkaitan seminar yang saya telah pergi, yang dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman. Post itu boleh dianggap mempunyai impaknya sendiri sehingga membolehkan blog saya menerima trafik yang sangat tinggi, sehingga saya telah dihubungi dengan bahagian pemasaran Dr. Azizan Osman.

Anda nampak kesan positifnya di sini?

Bukan saya meminta untuk anda menjadi pakar SEO, tetapi penting untuk anda ketahui dan pelajari teknik ini supaya blog boleh berikan impak baik .. bukan sahaja untuk blog anda, tetapi juga pengunjung. Mereka mahu apa yang mereka cari, maka menerusi teknik ini .. anda memberikan apa yang mereka mahukan dan dapatkan jawapan atas segala persoalan.

Dan teknik ini membolehkan blog anda dijenamakan dengan sebaiknya ... lihat contoh di bawah ini.

Sifu Blogger - Pakar SEO?

Cara Salur Ilmu Berkesan

Ia merupakan cara untuk anda menyalurkan ilmu kepada orang ramai, bukan setakat Malaysia tetapi seluruh dunia, hanya menerusi blog dan internet.

Tatkala ini, memang ramai blogger yang sudah menjadi pakar SEO. Mudah sahaja untuk kenali mereka. Apabila anda mencari jawapan menerusi enjin carian, dan blog mereka sahaja yang muncul .. maka bolehlah dianggap bahawa mereka ini sebagai antara pakar SEO di Malaysia.

Semoga anda juga menjadi seorang pakar dan berpengetahuan tinggi berkaitan teknik SEO ini, satu hari nanti .. in Sha Allah.

Terima kasih kepada mereka yang anggap saya sebagai pakar seo Malaysia. Alhamdulillah, ini adalah ilmu yang telah saya praktikkan. Ilmu tanpa praktik, akan mati tanpa hasil.

Pakar SEO Malaysia - Hasrul Hassan (www.hasrulhassan.com)



Menulis Dengan Intonasi

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 18:22

Salah satu cabaran utama untuk memastikan blog sentiasa disukai pembaca ialah menulis dengan berintonasi. Anda harus faham, cara membaca dan corak pembacaan setiap orang adalah berbeza. Ia bergantung dengan tahap pemikiran, peringkat umur, bahasa yang digunakan dan banyak lagi sebab. Andai tersilap menulis, post anda mungkin akan disalah-ertikan hanya kerana penggunaan bahasanya atau kesalahan meletakkan tanda penting seperti ! atau ?.

Menulis dengan intonasi ada beberapa cara. In Sha Allah, saya akan kongsikan pengetahuan saya mengenai blogging tentang cara menulis dengan intonasi ini. Harapan saya agar anda dapat menulis dengan baik, membawa emosi dalam penceritaan, selain membuatkan blog anda disukai dan digemari, in Sha Allah.

Menulis Dengan Intonasi

Teknik menulis entri blog dengan berintonasi - berikan emosi dalam pembacaan

Ok. Ada beberapa teknik untuk hasilkan intonasi dalam penulisan.

Menulis Dengan Huruf Besar

Ia membawa erti bahawa ayat itu penting, dibaca dengan nada lebih besar dan lebih ditekankan. Pada sesetengah penceritaan, ia boleh memberikan maksud seolah menjerit. Jadi, gunakan penulisan dengan teknik huruf besar pada ayat atau perkataan yang sesuai sahaja.

Menulis Dengan Meletakkan Tanda Seruan (!)

Lebih kurang seperti menulis dengan huruf besar, tetapi intonasinya lebih rendah, lebih lembut. Namun, semakin banyak diletakkan tanda ini selepas sesuatu ayat, ia boleh memberikan maksud tersangat penting, marah atau dibaca dengan nada sedikit keras.

Menulis Dengan Meletakkan Tanda Soal (?)

Nama pun sudah tanda soal, jadi ayat yang dibuat dengan akhiran ini adalah merupakan satu pertanyaan. Dalam sesetengah keadaan pula, ia dibaca dengan nada keliru. Kena perhatikan ayat dengan tanda ini dengan betul ... jika tanpa perkataan pertanyaan seperti Mengapa, Kenapa, Dimana di dalam ayat ... maka ia boleh berikan erti kekeliruan. Apabila lebih banyak tanda ini muncul dalam pengakhiran ayat, bermaksud ayat tersebut ditekankan tahap kekeliruan itu. Untuk ayat pertanyaan, cukup letakkan sekali sahaja.

Menulis Dengan Ayat atau Perkataan Sendeng (like this)

Memberikan erti pembacaan adalah di luar nada semasa. Ia mungkin perkataan dari orang lain yang sengaja anda letakkan dalam post untuk mengelakkan pembaca keliru dan dapat membezakan antara pandangan anda, dengan pandangan orang lain (sumber). Ia juga ditulis apabila anda menggunakan perkataan yang anda tidak dapat terjemahkan dengan betul seperti perkataan bahasa inggeris yang tiada maksud dalam bahasa Melayu contohnya. Ia juga digunakan untuk penulisan ayat saintifik. Apabila dibaca, intonasi akan menjadi antara jelas dengan tidak sambil ada nada pertanyaan serta keliru.

Menulis Dengan Pembuka dan Penutup Kata

Memberikan intonasi bahawa ia mungkin satu ayat atau perkataan sarcastic atau berlawanan maksud pada keseluruhan ayat. Seolah cuba memperli sesuatu di dalam perenggan atau ayat yang telah ditulis. Jadi, pembaca akan membaca dengan nada yang sedikit kelainan dengan ayat biasa.

Ok. Rasanya itu sahaja teknik menulis dengan intonasi yang boleh saya berikan sebagai salah satu tips panduan mudah dan am untuk blogger Malaysia. Mungkin ada teknik lain yang tidak terpacul di kepala otak ... jika anda tahu, boleh komen di ruangan disediakan untuk sama berkongsi.

Moga apa yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.


2 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bina Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 17:53

Apakah perkara penting yang perlu dilakukan selepas anda membina blog anda sendiri? Ok, dalam post ini saya akan berikan beberapa tips penting yang perlu dan harus blogger Malaysia tahu setelah mewujudkan blog sendiri. Ramai blogger Malaysia yang terlupa untuk melakukan perkara-perkara penting ini, walhal ia sepatutnya menjadi satu kemestian setiap kali blog baru dibuat.

Blog memerlukan trafik. Blog memerlukan pengunjung. Blog memerlukan pembaca. Semua benda ini takkan mampu dapat untuk sebuah blog seandainya ia tidak muncul di enjin carian. Jadi, perkara penting yang perlu dilakukan oleh blogger untuk mendapatkan trafik, pengunjung dan pembaca adalah memastikan blog muncul di enjin carian.

2 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bina Blog

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bina Blog

Jadi, perkara utama di sini ialah bagaimana nak munculkan blog di dalam enjin carian?

Lupakan soal SEO. SEO adalah perkara kedua. Apa yang saya nak beritahu ini adalah lebih penting daripada SEO. Kenapa? Jika anda tak buat ... walaupun blog mesra SEO, maka blog takkan mudah terima trafik daripada enjin carian. Anda mesti pastikan blog anda 'didaftarkan' dalam pengkalan data enjin carian, barulah entri yang mesra SEO itu muncul. Faham tak ni?

Perkara Pertama - Hantar URL Blog ke Enjin Carian Utama

Oleh itu, perkara pertama yang harus malah dianggap wajib dibuat selepas bina blog ialah menghantar URL blog anda ke seluruh enjin carian yang ada. Namun, paling utama ialah ke enjin carian utama iaitu Google dan Bing serta Yahoo. Hanya klik pada pautan di bawah, dan masukkan URL blog anda.

  • Google Search Console
  • Bing Submit URL

Yer, semudah itu. Atau mahu lebih pilihan dan lebih pantas hantar ke lebih banyak enjin carian dengan pelbagai variasi, boleh cuba yang berikut:

  • Submit Express
  • Auto Site Submit
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bina Blog

Perkara Kedua - Daftar Blog ke Webmaster Tools

Sekarang, perkara kedua yang perlu anda lakukan ialah mendaftarkan blog anda ke dua laman webmaster tools yang utama, iaitu Google Webmaster dan Bing Webmaster. Anda perlu daftarkan blog anda supaya analisisi dapat dilakukan menerusi kedua-dua laman web tersebut, tetapi paling utama ialah supaya membolehkan entri-entri blog anda digelintar dan dimasukkan ke dalam pengkalan data carian dengan katakunci tertentu.
  • Google Webmaster
  • Bing Webmaster
Ikuti sahaja arahan yang diberikan. Pastikan anda memasukkan URL blog anda dengan betul. Dan antara langkah yang perlu dibuat selepas daftarkan blog anda ke laman-laman tersebut ialah hantar sitemap blog anda. Bagaimana nak hantar sitemap? Nanti akan diceritakan dalam post yang lain.

Tetapi, kalau anda nak cepat .. klik sahaja perkataan sitemap dalam laman tersebut, dan dia akan beritahu caranya dengan jelas.

Dah selesai secara asasnya. Mudah je kan?

Selamat mencuba.



Newer Posts
Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Rujukan Blogger

Popular Posts

  • Cara Letakkan Adsense Tengah Post
    Cara Letakkan Adsense Tengah Post . Iklan Adsense mempunyai keupayaan untuk mudah diklik jika kita tahu untuk memposisikan kedudukannya di d...
  • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
    Berapa Banyak Jenis Font Boleh Digunakan dalam Blog? Hanya 3 jenis sahaja! jangan lebih dari itu! Ini antara perkara asas dalam membina blo...
  • Tips Menulis Post Pertama
    Tips Menulis Post Pertama . Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain pos...

Blog Archive

  • ►  2017 (2)
    • ►  March (2)
  • ▼  2016 (6)
    • ►  October (1)
    • ▼  March (5)
      • Tips Penjenamaan Blog
      • 9 Top Blog Malaysia Media Social Week 2016
      • Pakar SEO Malaysia
      • Menulis Dengan Intonasi
      • 2 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bina Blog
  • ►  2015 (19)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (15)

Copyright © Rujukan Blogger Malaysia. All rights reserved.
Partner: Pakar SEO Malaysia. Kerjaya Graduan.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger

↑