Rujukan Blogger Malaysia

  • Utama
  • Topik Rujukan▼
    • Rujukan AM Blogger
    • Tips Blogging 101
    • Teknik SEO
    • Widget Blogspot
    • Jana Income
  • Info Blog
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
Home » Arsip 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 15:35

Contest Review Lynk.my 2015. Nampaknya ramai blogger Malaysia yang telah menyertai contest online menulis sebuah review untuk servis disediakan oleh Lynk.my. Ia merupakan contest antara terbesar untuk blogger Malaysia bagi tahun 2015. Contest review Lynk.my 2015 menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan, dengan nilai keseluruhan mencapai hampir RM4,000.

Terdapat 3 kategori pertandingan dalam contest ini, iaitu Top SEO, Top Creative dan juga Top LynkUndi. Setiap kategori menawarkan hadiah utama sehingga tempat ketiga berupa wang tunai yang agak lumayan.

Tempoh contest review lynk.my 2015 ini bermula dari 27 Oktober sehingga 27 Disember 2015.

Contest Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Saya sendiri telah menjadi salah seorang peserta dengan menghantar artikel Contest Review Lynk.my 2015 menerusi blog HasrulHassan.com. Setakat post ini ditulis, hampir 100 blogger yang telah menghantar penyertaan, dan semuanya telah menghasilkan artikel yang bagus untuk contest ini.

Kebanyakkan blogger tahu apa yang perlu ditulis, cuma yang membezakan setiap artikel adalah cara menulis, teknik SEO, kreativiti, serta penyampaian. Banyak juga artikel contest yang menarik serta berkualiti. Saya fikir kemungkinan besar pihak penganjur iaitu Lynk.my akan sukar memilih peserta yang berjaya menang dalam kategori Top Creative. Proses pemilihan kategori ini nampak susah kerana ia lebih subjektif.

Manakala untuk dua kategori lain, iaitu Top SEO dan juga Top LynkUndi; ia lebih objektif dan pemilihan pemenang lebih mudah kerana ia diambil kira bersandarkan faktor luar.

Untuk kategori SEO, pemenang ditentukan berdasarkan kepada kedudukan di enjin carian Google Malaysia. Manakala untuk kategori Top LynkUndi adalah berdasarkan kepada jumlah klik yang terhasil untuk URL yang telah diberikan penganjur.

Agak sukar untuk meramalkan blog mana yang bakal menang untuk kategori SEO, namun untuk kategori Top LynkUndi,  mana-mana blog yang boleh memikat pengunjung dan pembaca untuk undi, mungkin akan memang. Ada beberapa trik yang boleh dilakukan peserta untuk mendapat banyak 'undian' ini, antaranya ialah penggunakan visual contohnya butang KLIK atau butang UNDI.

Pemenang akan dimumumkan pada 29 Disember 2015. Siapa yang akan menang untuk setiap kategori? Kita tunggu dan lihat.

Oh ya, menyertai contest seperti ini juga merupakan salah satu cara untuk buat duit dengan blog. Jadi, jika anda ada blog, dan ada contest, giveaway atau segmen, jangan lupa untuk sertainya. Manalah tahu .... ye tak ...?

Cara Buat Banner Bertukar Apabila Mouse Dilalukan

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 19:13

Saya ingin kongsikan satu teknik untuk menjadikan gambar mahupun banner iklan anda kelihatan unik di dalam blog. Salah satu caranya ialah dengan membuat banner secara automatik bertukar apabila mouse dilalukan.

Cuba lihat contoh yang akan saya tunjukkan di bawah ini. Apabila anda lalukan mouse anda ke imej, ia akan bertukar ke imej yang lain. Cara sama juga boleh anda gunakan untuk gambar dalam entri blog.

Cara Buat Banner Bertukar Apabila Mouse Dilalukan

Pakej Bina Kedai Online 5 Minit
Bagaimana nak buat? Senang sahaja ...anda hanya perlu salin kod HTML di bawah ini, dan masukkan url gambar atau sumber gambar anda ke dalam kod yang telah saya sediakan. Anda boleh letakkan dalam entri atau dalam blog.


Untuk banner, anda hanya perlu tambah kod target atau sasaran bila banner diklik. Boleh lihat kod HTML di bawah ini.


Mudah? Saya pasti ramai boleh lakukannya.

Cara inilah yang sering saya buat untuk meningkatkan sales dan mendapatkan komisen daripada program affiliate. Banner iklan nampak lebih menarik, dan ia meransang pengunjung dan pembaca untuk klik banner iklan apabila ia dilalukan oleh mouse mereka.

Semua panduan ini berguna, dan boleh berikan sesuatu kepada anda.

Cara Elak Redirection Blogspot.my

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 06:02

Cara Elak Berlaku Redirection dari Blogspot.com ke Blogspot.my. Ramai blogger yang merungut bermasalah dengan URL blogspot yang secara tiba-tiba bertukar dari blogspot.com menjadi blogspot.my. Ini adalah kerana blogspot akan automatik redirect blog blogspot kepada URL berdasarkan lokasi ianya dibuka. Ramai yang tidak suka, dan merasakan ia menjadi satu masalah buat mereka. Maka, saya kongsikan satu cara untuk elak redirection blogspot ini.

Ok. Sebelum itu, anda harus faham bahawa redirection ini tidak memberikan impak serius kepada sesebuah blog blogspot. Ini adalah kerana ia melibatkan penukaran URL berdasarkan kepada lokasi ia dibaca. Sebagai contoh:

Jika blogspot tersebut dibuka di Malaysia (ip komputer pengguna Malaysia), secara automatik URL blogspot anda akan menjadi blogspot.my

Cara Elak Redirection Blogspot.my

Cara Elak Redirection Blogspot.my
Namun begitu, untuk mengelakkan kekeliruan dari segi URL blog untuk penjenamaan, boleh lakukan cara di bawah ini untuk kekalkan URL blogspot anda menjadi blogspot.com.

Apa yang perlu anda buat ialah salin kod HTML di bawah ini dan letakkan ia di bahagian HEAD blogspot anda.


Ok. Terima kasih kerana membaca, semoga panduan ini berguna untuk para blogger Malaysia.

Cara Letakkan Adsense Tengah Post

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 06:35

Cara Letakkan Adsense Tengah Post. Iklan Adsense mempunyai keupayaan untuk mudah diklik jika kita tahu untuk memposisikan kedudukannya di dalam blog. Salah satu kedudukan yang boleh membantu meningkatkan income Adsesen ialah dengan meletakkan iklan Adsense di tengah-tengah blog post atau entri.

Saya akan kongsikan cara-cara untuk meletakkan kod iklan Adsense ini di tengah blog post supaya dapat membantu anda menambah income menerusi medium pengiklanan Adsense. Untuk info, Adsense kini sudah support blog berbahasa melayu untuk paparkan iklan berkaitan.

Cara Letakkan Adsense Tengah Post

Cara Letakkan Adsense Tengah Post
Ok. Ikuti langkah-langkah berikut:

Salin kod HTML di bawah ini dalam notepad. Gantikan bahagian KOD IKLAN ADSENSE dengan kod HTML Adsense anda.


Kemudian, buka bahagian HTML blogspot anda. Iaitu di dashboard - Template - Edit HTML. Cari (tekan ctrl-F) :

<data:post.body/>

Gantikan kod tersebut dengan kod yang telah anda salin ke notepad dan masukkan kod Adsense tadi. Simpan template blogspot anda, dan lihatkan hasilnya seperti ditunjukkan di bawah ini.
Cara Letakkan Adsense Tengah Post
Sekiranya terdapat lebih daripada kod tersebut yang anda jumpa semasa carian (ctrl-F) tadi, maka sila buat dengan mencuba satu persatu. Jika percubaan pertama tidak berjaya, maka gantikan kod tersebut untuk kod kedua yang anda jumpa. Anda hanya perlu letakkan satu kod sahaja.


Oh ya, cara ini hanya untuk mereka yang mempunyai akaun penuh Adsense sahaja. Tetapi tidak salah mencuba jika anda hanya ada akaun Adsense-hosted.
Semoga bermanfaat, dan selamat mencuba.


Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 02:18

Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate. Ada banyak cara untuk jana income sampingan dengan blog. Salah satunya ialah dengan menjadi rakan affiliate kepada sesebuah produk. Tak ramai blogger baru gunakan kesempatan ini untuk buat duit dengan blog.

Mungkin mereka anggap bahawa program affiliate ini dikenakan bayaran. Tapi, sebenarnya mereka silap. Buat duit dengan blog menerusi affiliate tidak perlukan anda mengeluarkan modal. Malah, ia merupakan program buat duit dengan blog paling seronok kerana tidak mengeluarkan sesen pun modal kewangan.

Affiliate memberikan komisen. Ada dua cara komisen diperoleh menerusi program ini. Iaitu PPL (pay-per-lead) dan PPS (pay-per-sale). PPL ialah komisen yang diberikan kerana anda membawa bakal pelanggan kepada pemilik produk affiliate. PPS pula ialah komisen yang diberikan kerana penjualan produk.

Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate

Saya baru sahaja mendaftar secara percuma dengan satu program affiliate iaitu NiagaAffiliate.com. Alhamdulillah, saya telah pun terima pembayaran komisen pertama saya menerusinya. Dan komisen sedia ada semakin hari semakin meningkat.
Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate
Anda pun boleh mendapat komisen affiliate seperti saya. Apa yang perlu anda lakukan ialah 3 perkara berikut:
  1. PraDaftar percuma di NiagaAffiliate.com (klik)
  2. Daftar sebagai agen affiliate mengikut pakej yang disediakan, ada Free, Starter dan Novice.
  3. Mulakan promosi menerusi link affiliate yang telah diberikan percuma kepada anda.

Dan lihat hasilnya seperti di bawah ini.
Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate
Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate
Saya daftar pada 31 Julai 2015, dan mula promosi pada Ogos 2015, dan 15hb Ogos saya terima bayaran komisen pertama dari NiagaAffiliate ini. Dalam masa 15 hari, saya peroleh RM49 hanya mempromosikan affiliate ini di dalam blog....hoho .. hanya promosi pengunjung dan pembaca blog untuk pradaftar secara percuma!

Siapa tak mahu daftar percuma dan buat duit menerusinya?

Dan paling best, anda boleh gunakan link tersebut untuk promosi di laman sosial anda juga, termasuklah Facebook, Twitter dan juga Instagram. Bila ada yang daftar, anda akan terima komisen sebanyak RM1.00 hingga RM1.50 ..malah jika bernasib baik, anda mungkin dapat komisen RM5 hingga RM30!

Apa yang perlu anda buat, ialah isikan nama, email dan nombor telefon yang disediakan di laman web di bawah ini:

[+] http://bit.do/niagaaffiliate

Cubalah, bukan berbayar pun.

Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 09:15

Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste. Baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa algorithma pencarian versi Google telah dinaik-taraf untuk mengesan blog-blog yang menerbitkan entri 'copy-paste'. Algorithma tersebut akan dapat mengesan isi kandungan yang mempunyai persamaan isi. Seandainya isi kandungan blog tersebut hampir 80 peratus merupakan isi kandungan 'copy-paste', pihak Google akan menolak atau menidakkan iklan Adsense di blog tersebut (jika ada).

Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste

Iklan Adsense tidak akan keluar di blog berkenaan jika terdapat entri copy-paste atau punyai persamaan dengan blog lain - yang terlebih dahulu menyiarkan entri yang serupa.
Jadi, buat blog yang berjaya menerbitkan entri tersebut terlebih dahulu, dan digelintar atau diindeks terlebih dahulu oleh Google, maka 'hak' penerbitan atau isi kandungan entri tersebut menjadi 'milik'nya.

Makanya, saya berpendapat .... kepada blog-blog informasi yang kebanyakkannya tidak akan terlepas daripada melakukan entri 'copy-paste' ini, perlu usaha keras sedikit untuk menjadi yang pertama melaporkan. Dan, seandainya ingin mengelak daripada ditandakan oleh Google sebagai blog 'copy-paste', maka cuba olah sedikit entri tersebut atau berita mahupun laporan 'copy-paste' itu dalam bentuk dan cara anda.

Semoga diambil perhatian.

4 Masalah Error 404 Pada Blogspot

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 23:41

4 Masalah Error 404 Pada Blogspot. Pernahkah anda klik pada satu-satu pautan dalam blog, tetiba apa yang dipaparkan ialah error 404? Bagaimana pula bila anda taip url sebegini - namablog.com ia akan keluar error 404, tetapi bila anda taip www.namablog.com, anda boleh lihat dan baca blog tersebut?

Apa yang saya maksudkan dengan error 404 tu? Mungkin yang tak berapa pasti tu, boleh lihat contoh di bawah ini. Saya berikan dua contoh, satu melibatkan URL entri blog dan satu lagi URL blog tersebut tanpa www.

Masalah Error 404 Pada Blogspot

Masalah Error 404 Pada Blogspot
Masalah Error 404 Pada Blogspot
Ok, faham?

Sekarang kenalpasti punca.

Punca dan Cara Penyelesaian

Ada beberapa punca utama.
  1. Entri blog tersebut telah dipadamkan, jadi apa yang anda mahu lihat di blog tersebut sudah tidak wujud lagi.
  2. Blog tersebut tidak wujud - mungkin pemiliknya ambil keputusan untuk padam blogspot miliknya. Selalunya, apabila kita taip namablog.blogspot.com; ia akan keluar - Blog Not Found. Tetapi jika asal URL blog tersebut menggunakan nama domain sendiri, ia akan keluar seperti paparan di atas.
  3. URL kepada entri tersebut telah berubah. Mungkin perubahan tersebut dilakukan oleh pemilik blog tersebut.
  4. Pemilik blog tidak melakukan redirect seperti di tunjukkan di bawah ini (khususnya untuk blogspot yang menggunakan domain berbayar). Jika tidak tick bahagian seperti ditunjukkan di bawah ini, maka ... apabila ada yang taip nama blog tanpa www ... error page 404 akan keluar.
4 Masalah Error 404 Pada Blogspot
Semoga panduan ini bermanfaat, dan boleh dijadikan rujukan buat blogger yang hadapi masalah seperti ini. Jika anda mengenali atau mengetahui mana-mana blog yang ada masalah seperti ini. sila beritahu pemilik blog tersebut untuk membuat redirect global (www).

Cara Buat Redirection Untuk Blogspot

Kepada blogger yang ada masalah untuk kekalkan link lama, tetapi mahu redirect pada entri baru (penyelesaian kepada masalah URL entri blog berubah), boleh ikuti panduan seperti di bawah ini.
4 Masalah Error 404 Pada Blogspot
Anda perlu memberitahu kepada enjin carian, bahawa URL entri telah berubah seperti saya tunjukkan di atas ini. Hanya masukkan URL entri lama, dan kemudian entri baru. URL yang baru mestilah dari blog yang sama, tidak boleh redirect ke blog lain.

Oh ya, bahagian Errors and redirections ini anda boleh jumpa di bahagian dashboard - search Preferences.

Sampai di lain artikel, jangan lupa baca tips lain yang berkaitan dengan masalah blog blogspot ini.

Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 00:04

Berapa Banyak Jenis Font Boleh Digunakan dalam Blog? Hanya 3 jenis sahaja! jangan lebih dari itu! Ini antara perkara asas dalam membina blog sendiri, anda tidak boleh menggunakan terlalu banyak jenis font di dalam blog. Jika tidak, ia akan membuatkan blog anda kelihat serabut, dan paling teruk - sukar dibaca oleh pengunjung blog. Meh saya kongsikan mengenai penggunaan font di dalam blog menerusi tips blogging 101 kali ini.

Ramai blogger baru khususnya suka meletakkan pelbagai jenis font. Di dalam entri font lain, di sidebar font lain, di footer blog font lain. Malah, kadangkala dalam sebuah entri pun ada 3-4 jenis font digunakan. Itu belum lagi digambarkan dengan warna-warna font yang pelbagai.

Harus diingatkan bahawa kita buat blog untuk dibaca oleh orang lain. Mungkin ada yang buat blog hanya untuk tatapan sendiri - perlu private access blog; jadi tips blogging ini mungkin tidak terpakai. Tetapi, buat mereka yang benar-benar mahu blog dibaca terus-menerus oleh pengunjung, maka pemilihan jenis font perlulah sesuai dengan blog.

Gunakan 3 Jenis Font Sahaja

Jenis-jenis font untuk blog
Ada banyak jenis font yang boleh digunakan untuk blog. Ada ribuan jenis font, malah di dalam direktori Google Fonts sendiri ada beratus jenis font atau huruf percuma yang boleh digunakan untuk blog. Saya pernah kongsikan di dalam blog ini mengenai Cara Nak Gunakan Google Fonts Dalam Blogspot, anda boleh baca kemudian tu ye ...

Perkara Utama Memilih Jenis Font Dalam Blog

Cuba elakkan menggunakan lebih daripada 3 jenis font di dalam blog. Perkara utama apabila memilih dan  menggunakan jenis font di dalam blog ialah:
  • Jika guna beberapa jenis font, pastikan ia dapat membezakan kepentingan sesuatu topik di dalam blog.
  • Pilihlah font yang mudah dibaca, tetapi menarik.
  • Cuba gunakan jenis font yang mempunyai 3 jenis 'kekuatan' - normal, bold dan italic.
  • Font yang boleh diubah saiz tanpa mencacatkannya.
  • Font yang mesra pada mata pembaca.

Panduan Khas Untuk Menggunakan Lebih Daripada Satu Jenis Font

Seandainya memilih lebih daripada satu jenis font di dalam blog, saya syorkan anda lakukan seperti ini:
  • Font 1 digunakan untuk tulisan di dalam entri dan tulisan am dalam blog, seperti di sidebar dan juga di bahagian footer blog.
  • Font 2 digunakan untuk tulisan pada tajuk entri, tajuk-tajuk kecil dalam post dan tajuk sidebar (sidebar name)- iaitu untuk membezakan H tag sesuatu entri.
  • Font 3 digunakan untuk selain disebutkan di atas.

Saya harap entri ini dapat membantu ramai rakan blogger mengemaskini blog dengan penampilan terbaik. Bukan sekadar untuk blog kelihatan cantik dan menarik, tetapi juga mudah dibaca dan disenangi pengunjung secara umumnya.

Selamat mencuba.

Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 22:21

Ujian Responsif Rekabentuk Blog. Kebolehan untuk sesebuah blog bertindak responsif dalam apa jua peranti mudah-alih sangat dititik-beratkan sekarang. Ini adalah kerana ramai pengguna internet yang telah berubah cara mencapai informasi di internet dari sebuah komputer desktop atau laptop ke sebuah peranti mudah alih terutamanya telefon pintar dan tablet.

Maka, adalah menjadi satu perkara yang perlu diambil-perhatian oleh pemilik-pemilik laman web serta blog bagi menyediakan blog dengan rekabentuk yang bersifat 'mencair' atau responsif, yang berubah bentuk mengikut kepada skrin paparan sesebuah peranti mudah alih tersebut. Sifat ini juga dianggap sebagai mesra mobile atau mobile-friendly.

Ramai yang tidak tahu cara untuk menguji samada blog mereka itu bersifat responsif atau tidak. Jadi, saya akan kongsikan beberapa cara untuk anda buat ujian responsif ke atas blog anda. Ujian ini penting dilakukan untuk memastikan samada blog benar-benar mesra mobile, dan dapat diakses dengan sempurna menerusi peranti-peranti mudah alih serba canggih.

Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Cara paling mudah ialah dengan mengecilkan browser pelayar internet anda, khususnya jika anda menggunakan pelayar internet Firefox atau Crome. Saya tunjukkan di bawah ini adalah contoh bagaimana ujian ini dilakukan menggunakan pelayar internet Internet Explorer 11.
Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Nampak tak? Terdapat perbezaan pada kedua-dua paparan di atas. Pertama, dalam mode biasa, blog yang responsif seperti blog Rujukan Blogger Malaysia akan paparkan keseluruhan blog seperti rekabentuk asal (penuh) - sidebar blog di tepi, footer di bawah dan sebagainya.

Kemudian, saya kecilkan browser, paparan berubah dengan meletakkan bahagian sidebar blog ke bawah (tapi tak hilang). Semakin kecil, beberapa aspek dalam rekabentuk blog tersebut juga berubah ... seperti saiz gambar yang dipaparkan, kedudukan widget dan sebagainya; tetapi ia tetap ada dan dipaparkan seperti keadaan asal.

Inilah dikatakan sebuah blog yang 100% responsif!

Untuk ujian mudah kedua, anda boleh gunakan peranti mudah alih anda sendiri untuk lihat bagaimana keadaan rupa bentuk blog anda. Lihat bagaimana peranti mudah alih memaparkan blog anda. Adakah semua widget dipaparkan seperti sediakala? Atau ada widget yang hilang?

Laman Web Sediakan Fungsi Ujian Responsif

Ok. Anda tidak ada peranti mudah alih. Nak tahu bagaimana paparan blog anda dalam peranti seperti iPad, iPad Mini, Samsung Galaxy Tab, Nokia, Asus dan sebagainya. Anda boleh cuba beberapa laman web yang membolehkan ujian responsif blog dilakukan. Antaranya:

  • Matt Kersley Responsive Design Testing
  • Responsinator 
  • Responsive Test
  • StudioPress Mobile Responsive Test

Anda akan sepatutnya nampak hasilnya seperti di bawah ini...
Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Atau anda boleh juga menggunakan khidmat percuma yang disediakan oleh Google Webmaster Tools untuk menguji samada blog anda mesra mobile atau tidak dengan pergi ke halaman berikut - Google Webmaster Tools - Mobile Friendly Test
Ujian Responsif Rekabentuk Blog

Faktor Pengiklan Memilih Blog Untuk Pengiklanan Berkesan

Ujian ini bukan sahaja penting untuk pemilik blog, tetapi ia juga dijadikan satu faktor pemilihan oleh pengiklan yang mahu meletakkan iklan berbentuk banner imej di dalam blog. Mereka pasti mahukan blog yang memaparkan banner pengiklanan mereka kelihatan seperti seadanya dalam mode biasa dan juga dalam mode mobile.

Semoga panduan ini boleh membantu rakan-rakan blogger untuk memastikan blog sentiasa memenuhi keperluan teknologi terkini, in Sha Allah.

Video Cara Menggunakan Google Plus

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 19:10

Video Cara Menggunakan Google Plus. Adakah anda tahu sebagai seorang pengguna perkhidmatan daripada Google, iaitu blogspot (www.blogger.com) anda sepatutnya menggunakan Google Plus untuk diberikan 1001 kelebihan? Anda sepatutnya meletakkan widget Google Plus Profile ini di dalam blogspot anda kerana ia akan memberikan impak positif jangkamasa panjang yang anda tidak ketahui.

Jika anda seorang blogger dan pengguna Google, jangan lepaskan peluang ini untuk menambah rakan, menambah follower blog menggunakan Google+ ini.

Video Cara Menggunakan Google Plus

Anda hanya perlu add widget di bahagian dashboard blogspot anda, dan letakkan di sisi (sidebar) blogspot anda untuk beberapa kelebihan berikut:
  • Keupayaan untuk blog post jadi trending di Google.
  • Keupayaan untuk blog post dikongsikan oleh jutaan pengguna Google.
  • Kelebihan untuk berada di halaman pertama enjin carian Google.
  • Kelebihan untuk diberikan autoriti kepada topik yang dikongsikan di blog.
  • Kelebihan untuk menerima trafik daripada komuniti Google Plus.

Video Cara Menggunakan Google Plus

Kepada blogger baru mahupun lama yang masih blur mengenai Google Plus Profile ini, saya syorkan anda untuk tonton video di bawah ini sebagai salah satu pengenalan untuk mengetahui apakah itu Google Plus Profile, dan bagaimana ia boleh memberikan impak yang amat memberangsangkan untuk blog anda.


Mahu tonton lagi? Sebuah lagi video khas berkaitan cara menggunakan Google Plus Profile untuk anda. Jangan lupa catit dan ingat apa yang dikongsikan. Ilmu percuma ni.

Oh ya, jangan lupa baca - Teknik Mudah Share Entri Blogspot Dengan Google Plus 



Cara Menggunakan Feedburner

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 07:50

Cara Menggunakan Feedburner. Tentu ramai blogger yang sudah tahu mengenai feedburner. Walaupun telah dikhabarkan bahawa feedburner tidak lagi relevan kepada Google, tetapi pada saya, ia masih lagi satu tools yang penting untuk mendapatkan trafik blog.

Blogger Malaysia sepatutnya menggunakan feedburner ini untuk memperbanyakkkan sumber trafik ke blog. Ada yang mengadu bahawa trafik blog kurang memberangsangkan, maka saya syorkan anda menggunakan feedburner sebagai salah satu teknik untuk mendapatkan trafik atau views ke blog anda.

Cara Menggunakan Feedburner

Ok. Pertama sekali, anda perlu login ke Google Feedbuner ini. Jika anda sudah login ke akaun Google/Gmail; maka proses ini adalah automatik. Paparan seperti di bawah akan kelihatan, lihat dengan teliti kotak yang disediakan dalam paparan tersebut.
Cara Menggunakan Feedburner
Contoh di atas ada menunjukkan salah satu blog utama saya iaitu hasrulhassan.com mempunyai sebanyak 4886 subscribers. Itu menunjukkan bahawa blog tersebut mempunyai lebih 4 ribu sumber trafik yang boleh menyumbang setiap kali blog post baru diterbitkan.

Langkah Demi Langkah Daftar Blog di Google Feedburner

Bagaimana nak menggunakan feedburner ini?

Caranya cukup mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan URL blog anda di kotak disediakan, seperti ditunjukkan di bawah ini. Kemudian klik Next.
Cara Menggunakan Feedburner Untuk Tingkatkan Trafik Blog
Paparan di bawah ini akan keluar, pilih mana-mana satu samada RSS atau Atom. RSS dan Atom ini merupakan 'blog dalam bentuk lebih ringkas' yang boleh dibaca oleh semua peranti, enjin pencarian internet dan juga database maklumat. Tiada perbezaan ketara antara mana-mana sumber ini.
Setelah pilih dan klik Next, paparan di bawah ini akan keluar menyatakan bahawa feed untuk blog anda sudah tersedia, dan sedia untuk 'diedarkan' dalam ruang siber.
Cara Menggunakan Feedburner


Bila dah dipaparkan seperti di atas, makanya sudah dikira selesailah. Apa yang perlu dilakukan selepas itu adalah beberapa langkah untuk memastikan feed blog anda ini dioptimasi agar dapat diketahui ramai.

Mudah sahaja kan?

Selamat mencuba.



Tips Memilih Template Blogspot

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 07:05

Tips Memilih Template Blogspot. Ramai yang mahukan template yang cantik, tersusun dan nampak menarik pada mata pengunjung. Sebenarnya ada banyak template-template percuma yang boleh anda download, dan gunakan untuk blog anda, terutama sekali blog blogspot. Cuma mungkin, ada rakan blogger baru yang tidak tahu cara nak mendapatkannya.

Ok. Sebenarnya template default yang telah disediakan oleh blogspot pun sudah cukup baik. Saya dulupun semasa awal membuat blog sendiri, menggunakan template blog yang disediakan oleh blogspot. Template percuma yang sudah siap segala kemudahan untuk sebuah blog berfungsi.

Panduan Memilih Template Blogspot

Tetapi, bukan semua template sesuai dengan apa yang ingin kita tulis di dalam blog. Template blog yang bersesuaian sangat penting supaya ia dapat menggambarkan apa yang akan dibaca oleh pengunjung blog anda.

Contohnya, jika template blogspot anda itu ada gambar latar kamera, pastilah isi kandungan itu ada kaitan dengan gambar yang cantik, atau tips berkaitan penggunaan kamera. Jika anda menggunakan template tentang cara buat duit online, anda boleh cari dan dapatkan template percuma yang gambarkan bisnes seperti latar wang ringgit Malaysia, transaksi bank dan seumpamanya.

Tips Memilih Template Blog Yang Sesuai

Di dalam blogspot, ada tujuh template default yang disediakan, seperti di tunjukkan di bawah ini, iaitu Simple, Dynamic Views, Picture Window, Awesome Inc, Watermark, Ethereal, dan Travel. Dan di dalam template Dynamic Views ada beberapa lagi template khas disediakan.
Panduan Memilih Template Blogspot
Bagaimana nak pilih template yang sesuai? Ok, saya akan berikan panduan dan tips ringkas ini, anda boleh ikut tetapi saya ingatkan, template yang cantik dan menarik di mata kita, tidak semestinya sesuai dengan isi kandungan dan persembahan blog, begitu juga dengan mata pengunjung blog.
  1. Pilih template yang mudah untuk anda kemaskini.
  2. Gunakan template yang sesuai dengan niche blog atau tema blog anda. Ingat apa yang telah anda tulis di entri pertama blog anda.
  3. Gunakan template yang menggunakan warna putih atau transparent sebagai asas, kecuali blog anda merupakan blog niche fotografi - saya syor gunakan latar hitam untuk serlahkan gambar, dan font putih sebagai warna tulisan.
  4. Gunakan template yang menyerlahkan kandungan atau entri, dan bukan hiasan latar. Isi kandungan inilah yang akan kekalkan pengunjung menjadi pembaca setia.

Tips Dan Panduan Ringkas Pilih Template Default Blogspot

Syor saya jika anda mahu menggunakan template default dari blogspot:
  • Gunakan template Dynamic Views jika setiap post dan entri dalam blog ada gambar.
  • Gunakan template Travel dan Awesome jika anda lebih suka post gambar lebih banyak dari cerita atau teks.
  • Gunakan template Simple untuk penulisan berbentuk santai dan kisah-kisah peribadi seharian.
  • Gunakan Picture Window untuk menyerlahkan kandungan blog anda tetapi pada masa yang sama, ada warna dan latar yang menarik.

Ada rakan blogger saya yang menasihati saya, jika mahukan hits yang tinggi, gunakan template Dynamic Views ...  sebab menerusi template tersebut, pengunjung ada pilihan untuk view blog anda dalam paparan lain.

Sebagai tambahan tips dan panduan memilih template blogspot, uji dahulu paparan seperti di bawah ini sebelum anda klik butang Apply.

Buka dashboard blogspot anda, pilih template, dan cuba pilih mana-mana default template disediakan, sebelum tekan Apply To Blog, klik dulu Preview. Satu tetingkap akan dibuka, dan anda boleh skroll ke kiri dan kanan untuk uji penampilan blogspot anda dengan mudah.
Tips Memilih Template Blogspot
Tips Memilih Template Blogspot
Bila benar-benar puas hati, barulah tekan butang Apply To Blog. Jika tersilap tekan, atau esok lusa rasa nak tukar template, hanya lakukan step tadi dari awal.

Semoga bermanfaat.

Tips Menulis Post Pertama

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 04:43

Tips Menulis Post Pertama. Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain post pertama yang patut diterbitkan di dalam blog yang baru dibina. Dalam Tips Blogging 101, saya akan berikan satu panduan am untuk menulis entri pertama di dalam blog anda. Inilah post yang sepatutnya anda terbitkan sebelum memulakan langkah lebih jauh dalam Dunia Blog Malaysia.

Post pertama di dalam blog anda adalah sepatutnya bercerita mengenai apa yang ingin anda tulis di dalam blog anda. Di dalam post pertama tersebut, anda mesti dengan jelas menceritakan kepada bakal pengunjung dan pembaca blog anda, apa yang akan mereka baca, apa yang akan mereka perolehi dan apa yang boleh mereka harapkan daripada membaca blog anda.

Entri Atau Post Pertama Patut Ditulis Dalam Blog

Mungkin ada yang blurr dengan apa yang saya katakan ini. Cuba lihat contoh di bawah ini:

Assalammualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya tercapai cita-cita aku mahu wujudkan sebuah blog peribadi sendiri. Sangat seronok rasanya mempunyai satu blog sendiri yang boleh dicapai menerusi internet. Saya lihat ramai rakan-rakan saya yang sudah mempunyai blog sendiri, malah ada yang telah mula menjana pendapatan sampingan dengan hanya menulis blog.

Aku tulis blog bukanlah untuk mencari income sampingan, tetapi lebih kepada perkongsian minat aku di dalam bidang fotografi. Aku suka ambil gambar, tetapi memandangkan gaji sebagai pembantu tadbir di sebuah sekolah swasta tidaklah seberapa, jadi aku kongsikan gambar aku secara online menerusi blog. Jadi, tidak perlulah aku keluarkan belanja besar untuk pergi ke kedai gambar dan print satu persatu.

Aku ada kamera DSLR yang aku beli daripada seorang kawan. Kiranya kamera DLSR second-hand (entah-entah six hand dah) yang dibeli dengan bonus boss aku berikan. Mungkin kamera aku tak secanggih orang lain, al maklumlah model lama. Tapi aku rasa seronok apabila gambar cantik (cantiklah sangat) dapat dikongsikan dengan orang lain. Mana tahu, ada otai hebat dalam bidang ini akan komen gambar-gambar yang aku ambil dan publish di blog.

Jadi, aku buat blog ini adalah untuk kongsikan gambar-gambar menarik serta teknik fotografi yang aku gunakan. Mana tahu, esok lusa ada yang minat nak ambil aku kerja sebagai photographer sambilan ke .. hehehe...

Harapnya anda akan seronok berada dan membaca blog aku ini. Dan enjoylah beberapa gambar permulaan yang aku kongsikan ini .....

Siap satu post, letaklah gambar yang berkaitan, dan kemudian fikirkan pula mengenai entri seterusnya yang akan anda tulis. Anda telahpun setkan apa yang mahu anda kongsi - iaitu gambar-gambar yang anda ambil. Jadi, entri seterusnya itu bolehlah ditulis mengenai keterangan gambar, jenis shot diambil, lokasi dan apa juga yang berkaitan dengan gambar yang anda letakkan dalam blog post seterusnya.

Lihat betapa pentingnya post pertama itu anda tulis .... ia akan memudahkan anda untuk merancang post-post akan datang.

Apa yang saya berikan tadi, hanyalah satu contoh am, ada banyak lagi cara menulis post pertama untuk menggambarkan apa yang mahu anda ceritakan.

Ada sesetengah blogger suka menjadikan blog post pertama itu sebagai pengenalan diri - bercerita mengenai diri sendiri, asal usul, tempat tinggal, kerja dan sebagainya. Ia lebih diibaratkan sebagai satu resume online yang ditulis menerusi blog.

Bagi saya, tak salah pun tulis post pertama seperti itu, tetapi harus anda ingat, adakala informasi yang terlalu banyak mengenai diri anda boleh datangkan mudarat, cukuplah anda menggunakan Google Profile Plus anda di dalam blog, seperti pernah saya ceritakan di sini - Kelebihan Google Plus Profile

Ok. Saya harap dah jelas apa yang perlu anda tulis dalam entri pertama anda. Jika tak jelas, jangan segan-segan untuk bertanya ye.


Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 04:21

Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus. Gunakan servis percuma Google Plus Profile untuk membolehkan anda dikenali di dalam dunia blog Malaysia. Lupakan soal widget follower NFC yang dah lapuk, tetapi guna pakai widget Google Plus Profile untuk membolehkan entri-entri blog anda dikongsi secara automatik ke komuniti Google Plus.

Ini merupakan satu tips blogging yang mungkin baru buat sesetengah orang. Namun, adalah sangat penting untuk seorang blogger mengetahui bahawa dengan mempunyai akaun blogspot yang disertai dengan Google Plus Profile memberikan kelebihan tersendiri.

Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus

Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus

Jika anda belum mempunyai Google Plus Profile, maka segeralah dapatkannya. Hanya tukarkan id profile blogger.com/blogspot anda ke Google Profile dan walla .. anda sudah mempunyai akses tanpa had ke komuniti Google Plus.

Letakkan widget asas ini di dalam blog anda. Ia juga salah satu tag penting untuk mengetahui siapakah penulis blog tersebut. Google sangat sukakan blog yang ada profile ini. Jadi manfaatkan sebaiknya. Ia bukan sahaja sebagai tips asas untuk blog mendapat trafik dan dikenali, tetapi juga sangat baik untuk tujuan SEO blogspot.

Cara-Cara Letakkan Google Plus Profile dalam Blogspot

Ok. Sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk memasukkan Google Plus Profile ke dalam blogspot, dan bagaimana untuk buatkan entri yang baru diterbitkan secara automatik dikongsikan di laman komuniti Google Plus.

Cara-caranya adalah ditunjukkan seperti di bawah ini.
Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus
Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus

Setelah masukkan Google Plus Profile ke bahagian sidebar blogspot anda, pastikan pula anda tetapkan setting untuk Google Plus anda seperti ditunjukkan di bawah, supaya setiap kali entri baru anda diterbitkan; ia akan secara automatik dikongsikan di komuniti Google Plus.
Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus

Semoga bermanfaat.



Tips Memilih Nama Blog dan URL

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 02:58

Tips Memilih Nama Blog dan URL. Untuk kesekian kalinya, saya ingin berkongsi satu tips blogging 101 penting khasnya untuk blogger baru terutamanya buat mereka yang mahu membuat sebuah blog baru sendiri. Perkara yang paling penting untuk sesebuah blog itu berjaya ialah memilih nama blog serta URL (link) blog yang mudah diingati.

Ramai blogger yang baru berjinak di dalam dunia blog Malaysia telah melakukan kesilapan dengan menamakan blog sendiri dengan nama-nama yang cukup sukar untuk diingati. Apatah lagi menggunakan huruf-huruf serta perkataan yang boleh tersilap taip, atau mengelirukan.

Tips Memilih Nama Blog dan URL

Tips Memilih Nama Blog dan URL

Sedikit tips untuk memberikan nama dan URL blog, cuba manfaatkan tips ini sebaiknya. Nama blog boleh diubah tanpa sebarang masalah, begitu juga dengan URL blog - asalkan tidak diambil oleh orang lain.
Elakkan memberikan nama blog yang terlalu panjang - pastikan tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Tips Pilih Nama dan URL Blog

  • Nama blog perlu simple tetapi tidak terlalu pendek.
  • Nama blog mestilah unik dan tidak copy-paste nama blog lain.
  • Ada kata kunci pada nama blog tersebut walaupun bukan wajib.
  • Elakkan penggunaan huruf-huruf berulangan secara dekat dalam URL, seperti HasrulHassan.com (ss berulangan dekat), Kembaraasliie.com atau HouseDiariies.com - ia akan menyebabkan typo error kelak.
Nama blog seperti Kisah Hidupku, Coretan Diari, Nota Peribadi adalah terlalu am, dan tidak melambangkan keunikan. Pilih nama blog yang menggambarkan cerita anda yang eksklusif dan unik. Adalah disarankan meletakkan nama blog khasnya untuk blog peribadi dengan nama penulis blog (nama anda).

Jika anda membuat sebuah blog yang ada niche sendiri, maka wajib diletakkan perkataan berkaitan niche tersebut dalam nama blog anda - contohnya Kembara Bajet Azlin Cantik, atau Blog Kesihatan Ephyra Muslimah.

Saya harap tips ini jelas dan bantu anda untuk memilih dan meletakkan nama blog serta URL yang mudah diingati - tanpa perlu membuka blog. :)



Perkara Penting Sebelum Bina Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 02:31

Perkara Penting Sebelum Bina Blog. Dewasa ini, ramai yang teringin mahu ada blog sendiri. Ada yang mengupah orang, ada yang yakin diri dengan membuat blog sendiri. Membuat blog sendiri tidak susah. Hanya dengan beberapa langkah mudah, seorang biasa-biasa boleh ada blog sendiri dalam masa kurang 5 minit. Antara platform mudah dan senang untuk hasilkan blog sendiri ialah menerusi blogspot.

Platform popular lain yang boleh digunakan untuk hasilkan blog sendiri selain blogspot ialah wordpress. Terserah nak gunakan mana-mana platform untuk menulis blog. Tetapi kena tahu beberapa perkara penting sebelum membuat blog sendiri. Nak buat blog, harus ada ilmu .. tak perlu banyak, cukup sekadar tahu beberapa perkara asas mengenai blog. Penting agar anda nanti tidak sesat di pertengahan jalan seperti saya satu ketika dahulu .. hoho.

Tips Blogging 101 - Perkara Penting Sebelum Buat Blog Sendiri

Ok. Saya antara pengguna blogspot yang setia. Blog yang sedang anda baca ini dihasilkan menggunakan blogspot (blogger.com). Walaupun ada rakan blogger yang anggap blog ini adalah blog dari platform wordpress bersandarkan kepada rekabentuknya, tetapi hakikatnya blog yang saya wujudkan ini adalah 100 peratus blog dari blogspot. Cuma nampak beza ialah kerana saya menggunakan nama domain berbayar. Yang lain semuanya servis percuma daripada blogspot.

Apakah perkara penting sebelum membuat blog sendiri?

Tanyakan Pada Diri Perkara Penting Ini Sebelum Buat Blog

Sebelum anda membuat blog sendiri, anda kena tanya perkara-perkara berikut:
  • Kenapa saya ingin ada blog sendiri?
  • Apakah misi serta tujuan untuk saya mempunyai blog sendiri?
  • Sampai bila saya mahu menulis blog?
  • Adakah blog satu kerjaya buat saya atau hanya menulis blog untuk masa lapang?
  • Apa yang ingin saya tulis atau sampaikan menerusi blog saya?
  • Sejauh mana komitmen saya untuk menulis blog?
  • Platform mana untuk saya tulis blog sendiri?
  • Blog untuk bisnes atau personal?

Itu adalah perkara-perkara penting yang perlu anda tanyakan pada diri sendiri sebelum membuat dan menulis blog sendiri. Kena pastikan bahawa anda mempunyai jawapan kepada setiap persoalan. Jika tidak, saya nasihatkan anda cuba dapatkan dulu jawapannya sebelum anda memulakan langkah untuk mewujudkan sebuah blog anda sendiri.

Ini merupakan entri pertama saya di dalam Tips Blogging 101. Semoga ia memberikan sedikit sebanyak pedoman untuk anda yang baru mahu berjinak-jinak di dalam bidang penulisan blog ini. Walaupun blog itu adalah sebuah coretan santai dan tanpa format khas, namun sangat penting anda tahu dan menjawab soalan berkaitan perkara penting tadi .. kalau tidak ... apa yang anda akan lalui seterusnya di dalam dunia blog Malaysia akan jadi sukar, malah ia akan membuatkan anda berhenti di pertengahan jalan.

Anda harus ingat, dunia blog bukan seperti dunia blog 4-5 tahun sebelum ini. Dah banyak berubah, dah banyak dugaan dan cabarannya. Jika tak pasti untuk menulis blog, maka wajarkan diri anda untuk mencari jawapan kepada persoalan tadi.


Cara Delete Blog

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 02:08

Cara Delete atau Padam Blog. Bagaimana nak delete blog yang mungkin sudah tidak berupdate atau sudah tidak mahu lagi ditonjolkan di dalam dunia blog Malaysia? Ok. Tak susah sebenarnya, sama seperti anda pertama kali mahu buat blog sendiri. Cuma mungkin saya nak tambah satu lagi tatacara memadamkan blog secara sepenuhnya, sebagai langkah untuk membersihkan enjin carian daripada terus memaparkan blog dan entri yang sudah tiada.

Kenapa saya nak tambah langkah atau tatacara memadamkan blog ini? Ini adalah untuk memastikan bahawa blog dan entri tersebut benar-benar telah dipadamkan. Ada blogger yang sudah ambil langkah untuk memadamkan blog, tetapi gambar daripada blog tersebut masih lagi ada di dalam carian imej, begitu juga dengan feed.

Cara Delete Blog

Cara Delete Blog

Ok. Ada blogger yang sudah merasakan memadai untuk memadam blog dengan tatacara mudah yang ada di dalam dashboard blogspot. Tetapi, buat seorang blogger yang sensitif dengan apa yang telah dikongsikan menerusi blog mungkin tatacara yang akan saya kongsikan ini bermanfaat untuk dirinya.

Tatacara Delete atau Hapuskan Blog

  • Pergi ke ruangan dashboard blogspot anda. Pilih blog yang mahu dipadamkan. Kemudian, pilih Settings blog tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini. Pilih Other, dan paparan yang menunjukkan Blog Tools akan kelihatan.
Cara Delete Blog
  • Di ruangan Blog tools, ada 3 menu biru yang kelihatan seperti di bawah ini. Pilih Delete blog untuk memadamkan blog anda. Ok. Selesai satu peringkat mudah untuk memadamkan blog anda daripada dashboard blogspot anda.
Tatacara Memadam Blog
  • Ok. Sekarang anda perlu masuk atau login ke Google Webmaster Tools. Klik pada nama/URL blog yang mahu anda padam tadi.
  • Pada bahagian dashboard, klik Google Index seperti ditunjukkan di bawah ini. Di ruangan tersebut, anda akan nampak satu link - Remove URLs. Klik menu tersebut.
Cara Delete Blog

  • Kemudian, di paparan sebelahnya akan muncul Remove URLs, klik Create a new removal request. Taip URL blog anda di ruangan disediakan. Pastikan anda masukkan URL yang betul kerana ruangan ini adalah case-sensitive (ambil kira huruf kecil dan besar).
  • Klik Continue. Dan kemudian Yes. Remove this page. Klik Submit Request.
  • Selesai.

Mengapa Tatacara Ini Penting?

Tatacara susulan ini walaubagaimanapun hanya tertakluk kepada blogger yang menggunakan Google Webmaster Tools. Maka, jika anda seorang blogger, seandainya satu hari nanti mahu memadamkan blog anda secara total, maka pastikan anda daftarkan blog anda di dalam Google Webmaster Tools ini.

Saya ditanya soalan cara nak padam atau delete blog sepenuhnya kerana ada blogger yang sebelum ini menulis banyak cerita yang tak berapa sedap dibaca di internet ambil langkah insaf untuk padamkan blog secara total. Yelah, sebelum ini blog tonjol cerita ntah apa-apa semata untuk naikkan trafik, kemudian dia sedar apa yang dilakukan itu lebih memudaratkan daripada beri kebaikan untuk diri dan pengunjung blognya.

Adakala blog yang telah padam, mempunyai versi lain yang masih wujud. Contohnya dalam versi RSS Feed dan juga wujud kandungan blog di dalam bentuk cache (storan simpanan sementara). Dengan cara seperti saya tunjukkan menggunakan Google Webmaster Tools ini, in Sha Allah, segala kandungan blog boleh dihapuskan sama sekali.

Saya harap entri ini akan dapat membantu ramai blogger seperti dia, dan in Sha Allah, tatacara ini akan bantu blogger Malaysia memadam blog sepenuhnya daripada enjin carian. Untuk rujukan tambahan boleh lihat Completely Remove Entire Page oleh Google.

Semoga berjaya.

Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 23:18

Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar. Domain kena suspended? Hosting kena suspeded? Siapa ada dapatkan servis domain dan juga hosting? Selalunya kalau anda seorang blogger yang menggunakan dua servis ini, mesti kena keep alert dengan apa-apa jua pemberitahuan daripada pihak penyedia khidmat, bukan apa, takut nanti jadi macam saya .... kena suspended domain dengan hosting sekali.

Untuk info, nama domain dan hosting adalah dua perkara berbeza.

Anda boleh ada nama domain tanpa hosting sendiri seperti blog peribadi saya ini - www.hasrulhassan.com, hanya daftar nama domain, tetapi hosting blog masih menggunakan hosting percuma yang disediakan oleh blogger.com. Jadi, saya hanya perlu renew pendaftaran untuk nama domain setiap tahun sahaja.

Satu lagi ialah hosting dengan nama domain sendiri. Berbeza dengan perkara pertama saya beritahu tahu, anda langgan servis hosting blog sendiri, dengan nama domain sendiri. Hosting sendiri wajib ada nama domain sendiri, tak mesti tidak. Jika anda langgan hosting, ini bermakna anda kena bayar yuran untuk dua perkara - satu untuk hosting, satu lagi untuk nama domain.

Suspended Domain Serta Hosting

Suspended Domain Serta Hosting

Bagaimana Suspended Domain Hosting berlaku?

Mudah je, seandainya anda tidak bayar yuran setahun untuk dua perkara tersebut- salah satu boleh menyebabkan akaun anda digantung.

Apa Bakal Berlaku?

Dan buat blogger yang ambil pakej ini iaitu beli nama domain dan sewa hosting setahun, seandainya anda tidak perbaharui, anda mungkin hilang dua perkara - nama domain anda, dan juga blog anda. Berbeza dengan jika anda beli nama domain sahaja. Blog anda masih lagi berada di dalam blogger.com. Walaupun anda tidak renew, anda masih lagi menggunakan nama blog (URL) asal tanpa masalah.

Blur ke?

Ok, macam ni. Seandainya tak perbaharui bayaran setahun.
  • Beli nama domain sendiri + pakej hosting - anda akan kehilangan blog dan nama domain.
  • Beli nama domain tanpa hosting - anda hanya akan kehilangan nama domain, tetapi blog tetap ada (URL akan jadi XXX.blogspot.com)
Faham dah?

Apa maksud hilang blog dengan nama domain tu? Kalau anda tidak ada backup pada komputer anda sendiri, kemungkinan semua benda yang anda tulis dan kongsi takkan ada dah. Dalam enjin carian mungkin ada, tetapi ia tidak dapat dipaparkan kerana ia sudah tidak boleh dicapai.

Lagi teruk, jika syarikat tidak simpan data anda, dan nama domain itu telah dibeli oleh orang lain. Maka, memang kena bermula dari kosonglah.

Harap entri ini dapat bantu blogger yang masih lagi tak faham mengenai konsep blog domain name dan hosting ni. Bukan apa, walaupun ia nampak perkara simple, kalau tak belajar dan tak tahu ... anda bakal dimanipulasikan oleh sesetengah orang.


Oh ya, jika nak beli nama domain blog, boleh cuba dua syarikat pendaftar nama domain ini yang saya sendiri gunakan. Syarikat-syarikat ini juga ada sediakan perkhidmatan hosting blog. Saya syorkan memandangkan aspek customer service yang diberikan sangat bagus.
  • Syok Host
  • JomHosting
Moga pencerahan menerusi entri ini mengenai domain dan hosting bermanfaat buat anda.



Rujukan Blogger Blogspot Malaysia

Hasrul Hassan
Rujukan Blogger Malaysia Updated at: 18:09

Rujukan Blogger Blogspot Malaysia. Terima kasih kerana kesudian anda singgah ke blog ini, samada secara sengaja atau tidak sengaja. Sekiranya anda singgah ke blog ini menerusi enjin carian Google, Yahoo atau Bing, ini bermakna blog ini mempunyai autoriti yang cukup kuat sehingga dianggap sebagai sebuah laman web atau blog yang paling berpengaruh untuk bercerita dan berkongsi mengenai perkara berkaitan blogger blogspot Malaysia.

Blog Rujukan Blogger Blogspot Malaysia

Blog ini telah disediakan oleh saya, Hasrul Hassan pemilik blog hasrulhassan.com yang pernah dikenali sebagai blog Panduan Blogger Malaysia. Tetapi, disebabkan oleh beberapa faktor, saya telah memindahkan artikel berkaitan tips blogging, panduan blogger, widget blogspot dan beberapa post dan artikel lain ke blog ini.

Rujukan Blogger Blogspot Malaysia

Blog ini khusus untuk dijadikan rujukan secara am mengenai dunia blog Malaysia, ia berkaitan panduan-panduan yang boleh dijadikan rujukan para blogger blogspot samada dari Malaysia mahupun rakan blogger Nusantara. Segala kandungan yang dipaparkan adalah bersandarkan kepada pengalaman sebenar saya di dalam dunia blog Malaysia selama lebih 5 tahun!

Saya menulis blog sejak awal blogspot diperkenalkan, iaitu sekitar tahun 2008, malah ada rekod menunjukkan saya telah mempunyai laman web sendiri (platform percuma) sejak tahun 2006 lagi - yang mana saya sendiri pun sudah lupa.

Saya mula aktif dalam menulis blog dalam platform blogspot pada tahun 2010, dan mula dikenali ramai pada pertengahan tahun 2011, dan semakin dianggap sebagai salah seorang sifu blogger Malaysia setelah banyak artikel dan post berkaitan panduan blogger, tips blogging, cara-cara menulis blog, buat duit dengan blog dan banyak lagi berada di halaman utama enjin carian Google dan Google Malaysia.

Ada yang menggelarkan saya sebagai Pakar SEO Malaysia, dan telah meletakkan nama saya gah dalam dunia blogger Malaysia. Alhamdulillah.

In Sha Allah, menerusi blog ini ... khasnya untuk blogger baru, anda akan dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai cara menulis blog yang terbaik, selain tips berkaitan SEO (Search Engine Optimization), panduan untuk buat dan bina blog sendiri, panduan buat blog perniagaan dan pelbagai lagi teknik, taktik serta rahsia menjadi seorang penulis blog yang berjaya di Malaysia.

Semoga blog rujukan blogger blogspot Malaysia ini akan dapat memberikan manfaat terbaik buat semua.

Salam maju jaya, dan semoga apa yang anda hajati sebagai blogger Malaysia terlaksana. Amin.


Newer Posts
Subscribe to: Posts (Atom)
Rujukan Blogger

Popular Posts

  • Cara Letakkan Adsense Tengah Post
    Cara Letakkan Adsense Tengah Post . Iklan Adsense mempunyai keupayaan untuk mudah diklik jika kita tahu untuk memposisikan kedudukannya di d...
  • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
    Berapa Banyak Jenis Font Boleh Digunakan dalam Blog? Hanya 3 jenis sahaja! jangan lebih dari itu! Ini antara perkara asas dalam membina blo...
  • Tips Menulis Post Pertama
    Tips Menulis Post Pertama . Ramai blogger yang tidak tahu apakah perkara pertama yang perlu ditulis di dalam blog, atau dengan kata lain pos...

Blog Archive

  • ►  2017 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2016 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  March (5)
  • ▼  2015 (19)
    • ▼  December (1)
      • Contest Review Lynk.my 2015
    • ►  October (2)
      • Cara Buat Banner Bertukar Apabila Mouse Dilalukan
      • Cara Elak Redirection Blogspot.my
    • ►  September (1)
      • Cara Letakkan Adsense Tengah Post
    • ►  August (15)
      • Buat Duit Blog Dengan Niaga Affiliate
      • Tips Adsense - Elakkan Kandungan Copy-Paste
      • 4 Masalah Error 404 Pada Blogspot
      • Berapa Banyak Jenis Font Dalam Blog?
      • Ujian Responsif Rekabentuk Blog
      • Video Cara Menggunakan Google Plus
      • Cara Menggunakan Feedburner
      • Tips Memilih Template Blogspot
      • Tips Menulis Post Pertama
      • Teknik Mudah Kongsi Entri Blog Guna Google Plus
      • Tips Memilih Nama Blog dan URL
      • Perkara Penting Sebelum Bina Blog
      • Cara Delete Blog
      • Bahaya Langgan Domain dan Hosting Berbayar
      • Rujukan Blogger Blogspot Malaysia

Copyright © Rujukan Blogger Malaysia. All rights reserved.
Partner: Pakar SEO Malaysia. Kerjaya Graduan.
New Thesis SEO V3. Designed by CB Blogger. Original Theme: Thesis SEO. Powered by Blogger

↑